Skip to main content

Konflik Kawan, Manusia

Entahlah bagaimana untuk menyatakan pendapat yang bertentangan ini. Ada saja yang tidak kena kan?

Sementara masih ada masa free ni, saya tulis post terbaru lah. Ada saja idea yang ingin dicurahkan dalam blog ni, tapi apakan daya. Buka saja laptop, direct tidak tahu mahu tulis apa. Start dari mana, pendahuluannya bagaimana, adakah juga orang mahu baca blog aku ni.

Setiap persoalan ada saja yang timbul.
.
.
.

Okeylah.. Seperti tajuk yang diberi. Saya seperti biasa. Akan bercerita saja. Tentang friendship. Makin meningkat usia ni, circle of friends aku memang makin mengecil. Tapi secara tidak langsung ada positifnya, ada juga negatifnya. Yalah, bila banyak kawan. Senang saja mahu keluar dengan siapa-siapa.

Bila suatu hari tu, makin susah mahu handle perasaan si itu dan si ini. Friendship pun berpecah belah. And.. We just go with the flow. That's why saya delete semua Instagram, Twitter dulu tu. If you follow me lah, you know how its exactly happened.

A thousand of your followers cannot be a true friends. One, two or only a few will stays with you.

So, baru-baru saya dapat satu message masuk dalam sarahah saya.



I don't know who you are. But thanks for the advice.

Kalau sayalah kan, bukan senang mahu memperbetulkan sesuatu keadaan silaturahim. Lagi-lagi bila kita kenal dia sudah lama. Mungkin dari darjah 1, mungkin dah berkenal lebih 5 tahun dan sebagainya. Sebab tu kalau cara saya, baik saya lari dari keadaan tersebut instead untuk membetulkan. Saya dah banyak kali cuba ingin membetulkan keadaan.

Tapi still..

Hasilnya masih sama. Bila lepak dengan si A, si A kata macam ni tentang si B. Bila si C upload story di Instagram, A dan B tidak puas hati sebab konon tidak ajak. Situasi media sosial yang kita duduk sekarang bukan senang mahu handle. Even I sendiri pun tidak dapat memulihkan keadaan.

Caranya. Bila kau lepak, kau diam-diam. Don't upload it to any social media. Sebagai insan yang bergelar manusia, memang ada orang terasa hati. Walau warna rambut sama, hati masih lain-lain.

About Izzaty and Ikiy tu. Saya dah tidak ada cara lain sudah. If saya continue try my best in friendship pun. Keadaan masih kucar-kacir.

"Time is not always the answer."

Memang betul masa bukan jawapan untuk memulihkan keadaan. Tapi dengan cara orang tidak mengambil peduli tentang kita. Secara tidak langsung, mungkin mereka akan melupakan kita. 

Biarlah kita lari macam mana pun, suatu hari akan kena cari juga. Dunia kini lagi yang tiada sempadan, dekat Facebook dapat kena cari. Instagram; check-check list followers, dah jumpa. Akan satu hari, memang akan ada satu pihak cuba membetulkan keadaan.

For me, true friendship is not about how enjoy your time dengan seluruh kawan yang terlalu banyak. Gambar sini sana, meet acah reunion. 

Friendship is more than that. Sahabat..

Bila susah, dia datang. Dalam 5000 of your followers, yang datang cuma 2 3 orang walau dalam keadaan mereka tiada masa pun still berusaha untuk berada di samping kamu.

Bila salah, kena tegur. Dia tidak berasa. Malah berlapang dada. Walau berlainan pendapat, masih bertolak ansur dan menerima.

In this era, we all crave for attention yang tidak pernah sudah. All media social right now menunjukkan kebahagiaan. Padahal setiap kebahagiaan tu, di belakangnya semua dah bertapis. 

Mana ada kita upload tentang masalah rumahtangga. Kalau ada pun, still mengamuk marah atau hantar di DM orang. Nampak bahagia di depan, di belakang bertarung dengan macam-macam ragam. 

THIS LIFE IS NOT LIKE BEFORE.

Jadi, di asrama tu. Buatlah kenangan sebanyak mungkin. Yang masih belajar, teruskan belajar untuk cari redha Ilahi. 

Yang ter-lost contact. I'm a sorry. Saya bukan kawan terbaik untuk anda semua. Keep your circle small. Live the moments.
.
.
.
Sebenarnya, mahu juga saya dapat kawan banyak macam dulu. Followers 1 ribu, asal turun bandar Sandakan. Ada saja kenalan yang senyum bila berselisih. Tapi.. Kan saya dah kata. When you have problem? Yeah. You know the answer. 

Cuti yang agak membosankan sebenarnya untuk masa sekarang. Bosan sebab selalu di rumah saja kan. Tapi tidak apalah. Syok juga layan K-Drama, haha.

Akhir kata, ini sajalah saya mahu luah untuk hari ni. Tapi kalau mahukan apa-apa bantuankah? Hmm.. Try contact sajalah, Insya-Allah saya tolong. 

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan hari ini :) .

Comments

Anonymous said…
Kamu okay ke bah ni sebenarnya
Anonymous said…
Hi anon :) , cara awak taip bkan mcm bkan org Sabah, hehe. Btw, I'm okay. Jgn sngka sya ada stress kah? Depression kah? Alhamdulillah, sya okay. And thanks, sbb sudi baca blog sya.

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...