Bismillah
Sorry la kalau blog aku sekarang macam banyak tuju ke duniawi.
Dua hari sebelum menjelang hari raya AidilAdha. Sudah menjadi kebiasaan untukku melap kipas dan menolong mama mengemas rumah. Langsir ditukar, sawang yang ada pada dinding juga dibersihkan.
Setelah selesai. Satu pesanan ringkas telah masuk ke Telegram.
"How was yout PPG, Aidil?"
"Okey saja. Biasalah sekolab perempuan. Ada lain-lain sikit dorang tu. Overall okey saja semua."
"Dah ada jodoh? Adalah kau suka orang-orang sana?"
"Tiadalah. Awal bah masih. Haha."
"Jom Aidil"
"Jom? What?"
"Tgt"
"Means?"
"Means?"
"Together. Getback together"
...
Terdiam seribu bahasa. Lidahku kelu. Kepalaku bagai terhantuk batu. Degupan jantung terhenti sesaat. Satu soalan yang sebenarnya aku tidak tahu mahu jawab.
"Tengoklah dulu. Mahu difikir tu 😅."
Itu yang aku reply.
Setelah setahun berlalu. Tidak disangkakan benda ini berlaku. Yalah. We end up our relationship dulu dengan cara yang tidak munasabah. Direct pergi dengan haluan masing-masing.
Dia sendiri mengaku salah sebab tidak dapat handle situation yang ada pada masa itu.
Dengan cinta dulu kala tersebut. Aku trauma. Trauma? Hmm.. Macam tu jugalah bagi aku.
Aku hilang pertimbangan dalam menyukai seseorang yang baru selepas itu.
Kalaulah kamu tengok dari post terdahulu blog aku pun. Kamu boleh follow up sebenarnya cerita aku ni. Mahu heal. Mahu move on bukan senang syeikh.. Susah sangat. Ai.. Aku pun tidak tahu kenapa aku kena macam tu.
Pointer dari 3.93 boleh jatuh ke 3.55 pada semester dua.
Rindu sangatlah perit.
Cemburu usah kata. Ada saja yang tidak kena.
Sayangnya entahlah kenapa boleh sampai macam tu.
Masing-masing cuba move on dengan cara tersendiri. Hati sendiri tidak boleh difaham.
Termasuklah diri aku sendiri.
Dalam bercinta, susah mahu agak benda future. Aku plan macam ni, end up macam tu.
And tengok sekarang? Aku sendiri pun tidak dapat memberi jawapan.
Malam berganti malam aku duk fikir. Apalah aku patut jawab.
"Kalau ada jodoh, ada la tu."
Macam tu?
Ai... Complicated. Mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Ai... Dunia.. Dunia,,
Ujiankah apa sebenarnya ni?
Allah...
Aku cuma tidak berani. Takut.
Takut hubungan tu dalam di pertengahan jalan saja.
Yalah.. Aku tahu jugalah. Kena usaha.
Tapi...
Aku dah tawar hati weh.
Aku dah tiada perasaan sudah.
Aku dah tidak suka dia.
The feelings you know.
Have been gone.
. . . . .
Aku penat sebenarnya mahu hadap benda-benda begini lagi.
Aku pun sekarang. Minat perempuan sajalah.
Mahu confess?
What? 1001 persoalan akan muncul di kepala aku.
"Jodohkah?" "Yakinkah?" "Parents dia restu kah ni?" "Nanti ada orang lain lagi." "Nanti banyak lagi orang hensem di luar universiti sana." "Duit hantaran? Dah deal kah?" "Pelamin harga berapa?" "Catering?" "Sewa dewan?" "Imam, tok kadi, wali semua?"
STOP!
Then.
Langkahku terhenti.
Mungkin ada juga pembaca berasa sebegini bukan?
Ai...
Anggap sajalah ini permainan dunia. Hasutan syaitan yang tidak pernah sudah.
Cinta yang kita rasa. Memanglah indah. Sungguh aku cakap. Dari kita saja mahu jaga batas tersebut bagaimana. Socmed? Tunjuk bahagia? Sambut birthday sama-sama?
Aku tidak tahulah semua tu. Aku tidak pernah try.
Walaupun banyak drama Korea yang sweet-sweet aku tengok.
In real life, tidak pernah juga aku cuba.
Realiti hidup. Mana pernah sama dengan drama.
Jujurnya. Aku belum lagi bersedia. Setiap era..
Setiap itu jugalah tamat.
Sampai satu tahap. Aku mahu berhenti sudah jadi blogger.
Berhenti meroyan di Twitterjaya.
Era Kang Gary di Running-Man tamat.
Era penulisan novel Hlovate tamat.
Sekarang.. *hembus nafas panjang*
Teme Abdullah. Antara penulis yang... Yang aku minat. Satu sumber inspirasi.
Pun..
Akan menamatkan siri buku jalanannya.
Aku simpati akan Teme. Dari tahun lalu pun, boleh nampak sudah.
Bila baca blog dia baru-baru ni. Aku pun terkejut. Kalau korang pun bacalah. Nanti kamu faham juga.
Kesihatan yang ada pada kita. Jagalah sebaik-baiknya.
Ai.. Aku? Entahlah. Mahu tamatkan era. Jangan harap.
Insya-Allah aku akan terus berjalan selagi One Piece belum tamat.
Selagi nyawa ini masih dikandung badan.
Apa yang semua aku tulis, cumalah perspektif dan pengalaman aku saja.
Kalau tidak puas hati.
Terpulang dari kamu.
Aku rasa rugi kalau aku tidak share apa-apa yang aku hadapi.
Ada nikmat tangan, Tuhan sudah pinjamkan.
Maka apa yang ada, aku curahkan.
Sebelum aku tamatkan, pesanan aku.
Jagalah limit. Jaga batas.
Kalau rasa sakit kena reject. Tahan-tahan sajalah.
Banyak lagi baik-baik di luar sana. Aku pernah rasa juga kena reject.
Rugi orang tu, reject orang Korea macam aku.
Kalau bawah 18. Sungguhlah aku cakap. Banyak lagi benda di luar sana yang kamu akan tempuhi.
Jangan mahu mengada-ngada.
Cakap pasal matang konon bukan tengok umur.
Ya. Itu aku setuju. Tapi proses laluan hidup, banyak kena lalui.
Tepatnya. Ijazah dari jalanan itulah yang terbaik.
Kalau dapat faham maksudnyalah.
Kalau dapat faham maksudnyalah.
Kalau perangai girlfriend/boyfriend macam celaka. Biasalah tu.
Terpulanglah dari diri sendiri mahu buat macam mana.
Jangan sampai akal dan hati tenggelam oleh hawa nafsu.
Ilmu yang diperoleh. Janganlah suka-suka di itu inikan. Lagi-lagi yang berkaitan dengan agama.
Talaqqi lah.
So.
Kalau aku pergi makan Satay Kajang dengan dia. Maksudnya, aku masih pertimbangkan.
Mahu kena istikharah.
Aku bercinta dengan student pun.... Ter-stun aku.
SPM pun dia belum hadap. UPU pun nanti tanya-tanya.
Matang sudah dia. Suka aku.. Tapi... Ai... Allah.
Suka buku sajak. Suka flower. Benda-benda aesthetics. Lang Leav.
Weh... 1 dalam 1000.
Arghh.. Mengarut saja aku ni. SUDAHLAH!
And.
Sorry la kalau blog aku sekarang macam banyak tuju ke duniawi.
Kalau dulu. Siap dengan ayat ulama. Potongan ayat Quran.
Allahu.
Bukan apa. Pengalaman.. Belum lagi aku korek sedalam-dalamnya.
Bye. Selamat malam.
Yang menulis,
Aidil (naratorjalanan)
Comments