Skip to main content

Attachment; MRSM [GreaTroubleMaker : SeniorYear] (Part 2)

Sandakan; 07/01/2020

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Tidakku sangka rupanya ada benda yang tergantung pada post terdahulu yakni

Tergantung di bahagian?
Crush.. 

Fuh.. Tidak mahu sambung di bahagian sini.
Kita jump ke bahagian lain.


  • Buli / Ragging / Event
Aku rasa.. Hampir 80 % sekolah di Malaysia ada kes buli. Kenapa aku kata sedemikian? Kerana dulu, ku sangka budak MRSM ni baik, budak sekolah agama ni baik. Tidak membuli.

Sekali... Baru hari pertama jejak kaki ke asrama. Sudah kena event.

Pasal apa? Pasal aku dan roommate, Chikaro (bukan nama sebenar), dan PTI menyuluh lampu bilik senior pada minggu orientasi. 

Dipendekkan cerita, orientasi dilangsungkan di Dewan Menggaris. Tepat 8.00 p.m., masa kami tingkatan 1. Asrama kena blackout agar semua pelajar dapat ke prep malam dan juga bergerak ke dewan bagi pelajar tingkatan 1 dan 4.

Kami lambat keluar dari asrama sebab ada benda yang ingin diambil.

Bush...

Lampu terpadam. Suluh punya suluh. Boleh-bolehnya si Chikaro ni menyuluh lampu ke luar tingkap.
Ada juga beberapa cahaya lampu memancar ke luar jendela asrama. Chikaro pun turut menyuluh ke arah bilik tersebut. 

Tup.. Lampu dimatikan.. Apesal mati? Tap.. Hidup kembali. Lalu Chikaro pun berbuat sedemikian. Mati.. Hidup.. Mati.. Hidup.. Kami sangka ada juga pelajar yang bermain-main dengan kami.

Tapi kali ini. Lampu tertutup terus. Aku, Chikaro dan PTI keluar dari bilik dan otw ke dewan.
Tidak disangka... Sekumpulan senior tingkatan 4 mengerumun kami bertiga. 
Oii.. Apa kes? 

"Apa kamu main-main lampu ni? Suluh-suluh bilik kami tadi? Haaa?" 

Haram jadah punya senior. Gara-gara lampu pun terus rasa tidak puas hati. Ditolak badanku sehingga ke dinding. Diberi amaran kepada kami bertiga untuk berjumpa mereka selepas selesai mengambil baju orientasi di dewan nanti.

. . . 

Kami bertiga hanya mampu berdiam dan cuak. Chikaro menyatakan bahawa dia menyuluh bilik tersebut kerana mungkin yang menyuluh sebelum itu merupakan kawan kami semasa di sekolah rendah yakni Banggali.

Selesai mengambil baju. Hanya seorang daripada mereka datang ke bilik kami. Dia menegur kami agar tidak berbuat sedemikian. A matter of respect katanya. Yalah tu.. Dia menukar baju size M dengan baju size S aku. Aish.. Syukur je lah, aku masih noob masa tu.

Mahu tidak mahu. Aku turutkan saja. Bagi saja baju tu. PTI menyatakan semasa aku mengambil baju di dalam loker, senior tersebut tersenyum kecil. Mungkin geli hati dengan perangai kami yang baru sahaja masuk ke asrama.

Itu merupakan event yang kena pada batang hidung aku sendiri.

Sepanjang 5 tahun pengajian di sana. 

Event yang aku ingat antaranya ialah;

Masa kami form 1, ramai yang escape surau ketika waktu maghrib-isyak. Ini antara major event bagi aku. Hahahaha. Mereka yang escape surau ditangkap beramai-ramai oleh senior tingkatan 5 ketika itu.

Alien (bukan nama sebenar; form 5), senior kami, menyusun kerusi di hadapan bilik tandas wing kanan FF. Kerusi disusun rapi agar senior dan junior dapat menyaksikan pertunjukkan yang akan berlangsung.

Selepas isyak. Operasi senior troblemaker memulakan operasi menangkap budak form 1 yang escape.
Setelah ditangkap. Mereka dibawa ke tandas. Disusun dengan susunan satu kumpulan choir.

Mereka disuruh untuk menyanyi di dalam tandas itu. Nyanyi lagu MRSM la.. Nyanyi MARA la.. Kena suruh menari la.

Senior bergelak sakan. Kami yang junior, hanya mampu menengok. Mahu ketawa pun rasa tidak sedap hati. Silap-silap kami pun kena.

Selesai upacara tersebut. Senior mengambil beberapa daripada orang yang escape tersebut untuk dijadikan bahan ketawa mereka. Ada yang disuruh menari depan senior yang lain. Tapi.. Mereka kena pergi bilik tersebut.

Okay.. Aku bagi contoh. 
Aku suruh budak ni buat muka yang sangat annonying sampai rasa mahu pukul budak tu.
Tapi... Aku suruh budak tu buat dekat member aku di bilik sekian.. Sekian.. 
Mahu. Tidak mahu. Budak tu kena buat jugalah.

Fuh...
Ada yang ketawa. Ada yang ketakutan. Ada yang hanya menurut perintah saja tanpa melawan apa-apa 😂. Senior la paling banyak ketawa. Haram jadah betul.. Suka diorang buat benda macam tu.

Tapi biasalah. Lumrah asrama.

Kedua,
Kejap.. Aku fikir dulu. Okay.. Yang ni.. Agak extreme sikit. Masa aku tingkatan 4.
Dipendekkan cerita. Paling teruk aku nampak depan mata. Yang lain ada juga lagi teruk. Tapi ini berlaku dengan batch aku kan.. Jadi. Ada la juga extereme sikit.

Okay... Ceritanya macam ni. Pada tahun 2015 tu. Sebelumnya tahun 2014 kan? Selepas tahun 2014.
Okay.. Okay.. Macam ni.

Ada pelajar tingkatan 1 me-report bahawa mereka kena buli oleh tingkatan 3 dan 4.
Fuh.. Bahang bahang trial SPM lagi tu.. Memang stress senior form 5 masa tu. Tahap... Kalau ada benda yang tidak kena.

Kalau lepas. Lepas dengan budak-budak tulah.

Malam tu. Ada satu senior lepak di bilik kawan aku. Dengar saja ada event. Fuh.. Dia pun ajak kami form 4 untuk turut serta. Kami pun join la.. Tapi hanya mampu tengok saja. Sebab memang teruk la budak form 3 tu kena. 

Kami mahu join pukul pun. Macam.. Uish.. Anjing pun tidak teruk macam tu tau kalau kena tendang, kena terajang.

Aku tidak berapa ingat. Berapa orang yang kena. Cuma aku tahu, bilik tu gelap. Senior form 5 mengantam, memukul, menendang tiada belas kasihan. Yang power apa? Dari bilik ke bilik. Form 5 kelompok ni, tunggu bilik ni, kelompok satu lagi menunggu bilik lain. 

Habis antam satu bilik. Pindah bilik lagi. Kami yang lain cuma melihat saja. Ada juga beberapa yang join. Hahahaha. Saja mahu lepas stress kan. Masuk sidang jabatan disiplin, baru mulut ternganga, Haha.

Boleh bayangkan? Ada sampai budak tu kena heret muka dia di lantai. Fuh...
Budak form 3 dalam 3-6 orang macam tu. Form 5, hampir 10-15 orang. Panas bhai bilik..

Kena pukul. Kena hantam. Kena tendang. Terhuyung-hayan budak tu kena swing di kepala. Menangis-nangis.. Gila-gila jioo... Sudah kena cooldown, kena bawa lagi floor atas. Kena antam lagi oleh senior lain. Fuh.. Memang gila...

Paling aku ingat. Babi putih (bukan nama sebenar; form 3), disoal siasat budak tu. 

"Kau ada suruh budak form 1 ni push up ka?"

"Tiada.. Betul.. Tiada."

"Betul ni? Kalau kami bawa budak tu. Jawab benda lain awas kau."

Dibawa la budak form 1 tu naik ke floor tingkatan 3 ni. Senior tu suruh budak form 3 buat push up and then plank. 

Sampai saja budak form 1. 

"Dia kah suruh kau push up tu? DIA KAH?"

Budak tu lagi blur-blur. 

"Ya. Dia."

Dia jawab ja macam tu. Zus....

PAKK!! PAKK!! DESHH!! DESHH!! DUSH!! DUSH!!! TAK!! TAK!!! PRAK!! PRAK!!

Dalam keadaan si Babi Putih tu plank. Direct form 5 tu pijak ramai-ramai lepas budak form 1 jawab macam tu.

Waih... Memang gila. Mungkin puas la untuk diorang lepas stress trial SPM. Tapi teruk tu.
Sampaikan badan diorang budak form 3 tu, habis satu badan merah-merah, lebam-lebam.
Aku tengok pun. Kalau aku kena. Entah la. Memang berdendam la sampai mati.
Silap hari bulan. Di luar sana, bertikam sudah kita.

Selesai upacara.

Aku dan yang lain pergi bilik masing-masing. Tidak mahu masuk campur. Hal diorang. Hal diorang la.
Kami pun bercerita tentang perlakuan senior tersebut. Wajarkah tidak? Hmm.. Kami borak tahap intelektual acah-acah menteri pendidikan. Haha.
Cerita punya cerita. Kami pun teringat.. Hmm..

Form 1 tu tadi ada report bahawa ada satu budak form 4 (batch kami) join sekali budak form 3 yang buli diorang.
Hmm.. Misteri.. Siapa haa? Kami check keadaan sekeliling kami. 

"Dil macam ada jak yang kurang ni?"

"Sepa?"

PAK!! PAK!! TAKK!! TAKK!! DUMMM!! DUMMM!!! 

Terdapat bunyi pukulan kedengaran di tingkat bawah. Jumbo macam tidak sedap hati.
RUPA-RUPANYA SI DORAE yang tiada.

Dorae dalam perjalanan balik dari bilik seni untuk ke asrama. Tidak disangka. Langkahnya dihalang di tangga otw ke tingkat floor tingkatan kami.

Dia dibawa oleh senior form 5 untuk disoal siasat dan dibual bicara.
Tidak diduga. Rupanya Dorae dah kena pukul. Tapi tidak seteruk budak form 3 tu.
Dia mempunyai seni mempertahankan diri. Diberi satu kelebihan untuk ber-karate.

Tendangan senior form 5 yang menendang dapat ditepis sebelum Jumbo sampai untuk menyelamatkan keadaan.

Jumbo mengetuk bilik tersebut. Meluruh ke dalam.

"APA MASALAH KAU?!! TIBA-TIBA DI SINI?", Anjing (bukan nama sebenar; senior form 5) bertanya kepada Jumbo.

Kami yang lain hanya mampu mengikuti di belakang Jumbo. Kalau mereka mahu start war.. Start lah.
Scene Crows Zero pun Crows Zero la. Biar riuh asrama tu dengan perang ala-ala Suzuran-Housen.

"Aku tiada masalah dengan kau. Aku cuma ada masalah dengan kawan aku tu (Dorae)", jawab Jumbo.

Jumbo masuk ke tengah bilik. Senior lain berundur ke belakang sedikit. Manakala kami yang lain masih memerhati dari luar bilik tersebut. Satu kayu baseball daripada pihak form 2 bertukar ke tempat lain apabila Jumbo berada betul di tengah bilik.

Tiada satu pun bunyi kedengaran. Hanya bunyi kipas.

Jumbo menyuruh agar Dorae dilepaskan. Sebab ada benda yang ingin diselesaikan di antara mereka berdua. Perang mulut pula mula berlagu. Kenapa pula? Kenapa begini?

Di-fast forward. Akhirnya cuma kata-kata sahaja yang dilepaskan. Ada dari pihak mereka memberikan kata sebegini. Ada dari pihak kami berkata macam ni. Saling nasihat menasihati. 
Jangan la macam ni. Jangan la macam tu. Tidak bagus. 

Tapi kalau betul mahu bergaduh masa tu.

Kau rasa siapa menang? Haha. Jawab saja dalam hati kawan. Kamu tahu juga siapa. Jumbo bah tu.. Superman Batch. Bayangkanlah Jumbo masuk satu orang dalam bilik tu. Tiada pula yang berani mahu acah gangster kecuali si Anjing tu.

Kalau ditambah lagi dengan si Irpang, si Jeast, si Keling Panjang. Nah... Faham-fahamlah.
Tapi tidak boleh juga jadi benda tu.
Silap-silap keluar segala warden dari rumah diorang tu.
Silap-silap hubungan adik-beradik di antara diorang tu pun boleh putus.

So. Memang tidaklah. Bukan juga mahu mendoakan benda tu. Tapi yalah.. Harap tidak la berlaku.

.
.
.

Aku rasa sampai sini saja dulu aku cerita. Banyak lagi sebenarnya. Ada dark and ugly past belum terungkai sepenuhnya. Cerita buli / event / ragging, ni pun baru tiga cerita.
Kalau diikutkan, banyak lagi. Insya-Allah kalau ada masa aku sambung juga.

Cerita pasal hantu pun ada. Aku dua kali nampak hantu di asrama tu. Memang real dengan mata kasar aku. Memang la. Syaitan atau jin. Menjelma. Tapi memang nampak la. Haha. 
Pasal crush tu. Nanti-nanti la.
Cerita dark ada juga, tapi ini aku cerita bertapis sikit.
Takut mengaibkan siapa-siapa. 

Semua watak yang diberi nama bukanlah menggunakan nama sebenar.
Peace.

Yang menulis,
Aidil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...