Seungri - 1 2 3 (np) ; 23/8/2020 ; Sandakan
Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Sementara menunggu berlangsungnya UCL Final pada jam 3.00 a.m. ni. Rasanya sempat kali aku menulis dan berkongsi pasal tajuk yang ada dalam draft blog ini.
"Di mana kau belajar sekarang?"
Satu soalan yang aku selalu elakkan apabila orang tanya.
Apabila ditanya, jawapannya tetap dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, UKM Bangi, UPM Serdang, MJII, GMI dan jawapan-jawapan yang tidak pernah terlintas pun dalam fikiran aku.
Kalau sekadar ingin bersembang mengopi dengan aku. Maka, aku jawap ja lah dengan jujur.
Tapi bila sudah melibatkan satu sensitiviti. Maka dari situ aku menamatkan perbualan,
Soalan ini pernah ditanya pada 2018 yang di mana ketika itu aku bertemu dengan rakan lama aku.
Wan (bukan nama sebenar). Merupakan kawan tadika aku. Di mana ketika itu dia boleh dikatakan sebagai kawan baik masa tadika.
Namun, hala tuju sekolah rendah memisahkan kami berdua dan bertemu kembali setelah aku tamat pangajian di matrikulasi.
Pertemuan tersebut tidaklah disengajakan kerana pada waktu tersebut, kawan sekolah rendah yakni Zainal merupakan kawan baik kepada Wan masa sekolah menengah.
Wan tidaklah jauh tinggal. Beberapa langkah pun boleh sampai rumah dia. Pertemuan kami disebabkan... Ndak silap aku.. Macam.. Lepas bermain futsal kot.
Jadi, Wan bertanya khabar. Aku pun bertanya khabar tentang dia. Zainal pulang ke rumah.
Sebelum menuju ke rumah masing-masing. Dia tanyalah aku belajar di mana,
"Oh, matrik" jawabku. Riak wajahnya berubah dan dia mengatakan aku sangat beruntung sebab pandai.
Wan meluah yang dia tidaklah pandai macam yang lain.
Hanya disebabkan soalan macam tu sampai sekarang aku cuba elakkan.
Bila difikirkan tempat kita belajar pun dibeza-bezakan, Aku tidaklah merendahkan Wan. Cuma dia rasa macam rendah diri. Insecure.
Sedangkan hakikatnya, aku juga macam dia. Masih berpijak di bumi yang sama.
Lalu aku pun memberitahu dia bahawa kita semua sama saja. Tiada beza pun.
Kau ada kelebihan yang kau ada, di mana aku pula tiada kelebihan yang kau ada.
Rezeki dia lagi murah kerna berdekatan dengan keluarga sedangkan rezeki aku dengan keluarga tidaklah seperti dia.
Latar belakang pendidikan ini tidak perlulah mahu dicakap apa. Cuma.. Aku rasa simpati dengan dia. Patutnya dia tidak perlu pun rasa tertekan dengan rakan-rakan yang lain. Silap hari bulan, tahun depan, siapa tahu dia pula yang banyak memberi manfaat pada orang lain.
Jadi, nasihat aku kepada korang semua. Kita tiada beza pun kawan. Biarlah dari segi apa, tetap lahirnya di muka bumi Tuhan ini agar kita dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Yalah.. Sekarang bila berjumpa dengan kawan-kawan yang lain bila kita berbual hal kerja, pelajaran, masa depan, bisnes dan hal-hal yang berkaitan. Sensitiviti secara tidak langsung akan terpalit.
Kenapa?
Sebab ada yang kena berhenti kerja. Secara tidak langsung ada yang terasa hati.
Ada yang dapat sambung belajar. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat sambung?
Ada yang berjaya dalam bisnes, kena pula tiba-tiba kita dengki dengan rezeki dia.
Perbezaan seperti ini, dari kita untuk elakkan. Untuk elakkan konflik dan sensitiviti.
Jangan kerana latar belakang yang berbeza, kita tidak boleh bertukar pendapat sesama kita.
Engkau boleh kongsikan tentang bisnes, kamu boleh kongsikan tentang kefungsian enjin sesebuah kereta, kita bersembang mengopi bertukar pendapat masing-masing tanpa perlu menghukum latar belakang yang kita sedia ada.
Akhir kata, bergembiralah :) . Hehe. Kita sama saja. Bab pangkat, gaji, jawatan bukan boleh bawa pergi kubur pun. Hidup kena ikhlas ^_^ . Syukuri nikmat yang ada. Boleh?
Sudahlah. Mahu tidur.
Yang berkongsi,
Aidil
Comments