Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t dan Hi.
Sementara aku menyambung kembali untuk membuat laporan ROS ni. Baik aku menulis. Satu draft yang masih tersimpan rapi kerana dek terlupa mahu tulis sebab terlampau disibukkan dengan duniawi.
Seperti yang kita tahu, zaman globalisasi era kini. Kita seolah-olah digenggam dengan media sosial. Ai.. Berpuitis pula aku. Dia macam ni.
Aku just mahu cerita tentang features yang ada pada media sosial yang boleh dikatakan gah juga di persada dunia. Yakni Instagram dan WhatsApp. Maklumlah dua benda ni pun dah kena beli oleh Facebook.
Kalau perasan memang ada la nama FACEBOOK di bawah apps tersebut.
Aku bukan mahu cerita pasal features kah apa. Cumanya WhatsApps aku dah tidak macam dulu -_- .
Jadinya, inilah kenapa aku mahu tulis pasal benda ni.
Kita mulakan denga era la dulu. Remaja-remaja.
Dari Facebook ke WeChat ke Instagram ke Twitter ke WhatsApp dan seumpamanya.
Dah Facebook conquer WhatsApp dan Instagram. Nayah la dua tu boleh link ke Facebook terus.
Bila la aku mahu cerita pasal part aku ni.
WhatsApp pada era 2014-2017 bagi aku cumalah satu platform untuk aku berkomunikasi dengan rakan-rakan dan cikgu-cikgu sekolah menengah. Termasuklah kemudahan 'Group' yang membolehkan kita-kita boleh ketawa macam orang gila bila ada topik hangat diperbualkan.
Tapi bila masuk tahun 2018. Aku perasan yang WhatsApp aku dah macam haram dah. Dengan features statusnya. Ya, memang betul ada kebaikan dari aspek lain. Lama-kelamaan WhatsApp ni dah macam e-mel kerja office.
Aku makin serabutlah. Buka group ada announcement. Buka group ada assignment. Buka WhatsApp, contact pensyarah. Apabila sudah berhubung dengan pihak-pihak atasan. Haa.. Formaliti kena jaga.
WhatsApp? Dah macam kerja. Kerja office. Pada mulanya, kita disekelilingi dengan rakan-rakan kita. Contoh dari sekolah, matirkulasi, zaman diploma, dan rakan-rakan yang kita rasa boleh di-contact-lah.
Secara tidak langsung makin lama aku guna benda ni, circle sekeliling aku makin besar.
Bukannya aku tidak suka berkawan atau bergaul. Tapi satu pandangan pihak yang kita tidak sekepala membuatkan aku jarang memuatnaik status di sana.
Pada zaman matrik (zaman aku; 2017-2018), features ini diperkenalkan. Tapi dia cuma terhad kepada gambar dan caption. Kalau mahu luah-luahan. Gambar, tulis teks di sana.
Tahun ke tahun dia berubah dan boleh sudah jadi cybertropper. Kihkihkih. Gurau ja. Baguslah boleh letak link dan ayat-ayat di sana.
Dulu segala meme aku post di sana. Aku mahu maki. Maki juga. Lantaklah. Family aku pun tahulah.
Akhirnya, datang satu point bila kita rasa sekeliling rakan kita yang baru ni susah untuk terima kita.
Yalah, kawan masjid. Kau maki dalam sana. Mahu ditarbiah kau.
Kau post pasal kerajaan. Mengamuk orang-orang tua tu reply cakap ini tidak patut.
Mu post meme. Ada juga tidak terima. Bapak... Ini tergolong dari ahli-ahli akademik lah ni. Kaki protocol.
Post mengeluh pasal kerja pun. Ya Allah. Dibidas pula kita ni manusia tidak reti bersyukur.
Apa guna perasaan sedih? Apa guna perasaan putus asa? Sebagai hamba dan manusia. Fitrahlah untuk sekali sekala melepaskan beban di dada. Bukan kita tidak apa pun kan.
Dia macam bila kita kata "panasnya hari ni" "Weh panas lagi neraka."
Hang post pasal main game. Dicop pula kita ni jenis kuat main game, tidak reti belajar. Aiyo.
Secara total-nya, apa yang aku nampak. Bila circle tu terlalu besar. Kita bagai dihimpit satu persepsi yang membuatkan kita teragak-agak untuk menyatakan pandangan kita sendiri. Fahamkah? (=_=)
Jadinya, WhatsApp status pun terkubur lagi-lagi bila masuk semester 5. Maklumlah dah berhubung dengan banyak orang. Pensyarah, pihak-pihak sekolah, keluarga sebelah sana, sebelah sini, kampung tu, kampung ni.
"Asal tak hide story?"
Aku bukan jenis hide story punya oranglah. Aku kasi nampak perangai setan. Nampakkan jaklah. Lagipun family tengok hal-hal kerja yang aku buat. Diorang fahamlah. Oh.. Si Aidil ni macam mana ni.
Btw WhatsApp status aku dah tahap company dah. No more travel, no more opinion, no more gila-gila. It just become a public announcement, a charity, conception about tech, business dan benda-benda berilmiah.
Tiada sudah yang. Video-video meme. Keranda-keranda joget. Lirik-lirik jiwang. Acah-acah depress.
No more.
Maka, untuk menggembirakan diri aku tanpa ada rasa bersalah atau pun miskonsepsi. Ceh... Aku berpindah kepada Instagram. Menjadilah orang-orang yang macam Teme Abdullah. Wkwkwkwkw. Acah.
Tapi yalah. Circle ndak terlampau besar. Dengan WhatsApp, contact aku mahu dekat 500-600.
Hang rasa? View berapa? Jumlah view pun aku bukan tahu sebab aku hide bluetick.
Di sini aku boleh bercerita, kongsi pasal travel food hunting, pengembaraan tanpa sebab. Kata-kata yang lebih puitis. Ceh..
Mungkin wujudnya perasaan tidak mahu up status tu disebabkan orang sekeliling. Tapi sebenarnya tidak pun, anggapan diri sendiri juga.
Tapi yalah akan ada orang-orang tidak puas hati. Contohnya bila aku hide story daripada si Jijo. Lepas tu si Amin ni kawan aku. Dia nampak. Amin screenshot status aku. Up status dia.
Jijo nampak. Mesti dia persoalkan diri dia kan? "Aik kenapa si Aidil ni hide story daripada aku? Apa yang dia tidak puas hatikah?"
Persepsi sebegini daripada pelbagai pihaklah. Aku dah bagi contoh. Kome fahamlah tu.
Kau post pasal clunbbing, arak, parti liar. Kau punya pasal la. Tapi kamu faham jugakan? Haa.
Persepsi sebegitu yang aku maksudkan.
Apa-apa pun aku tidak salahkan mana-mana platform. Kita makin membesar. Kita makin stress. Pikir pasal duit, pikir pasal belajar, pikir pasal keluarga. pikir pasal kawan, pikir pasal akhirat. Kita bukannya budak-budak lagi.
Dulu kita jatuh. Luka di kaki yang menyakitkan. Sekarang deep inside. We are dead already.
Fikiran tu memang bercelaru.
But. Just enjoy. Stay positive. Akhirat letak di hati. Janganlah kome pikiaq sangat pasal kehidupan ni.
Bukan bermaksud tak fikir terus. Tapi macam tulah.
Nah. Aku tinggalkan satu data untuk ditonton bersama.
Yang menulis blog pada hari ini, yang meminati si .... Kahkahkah. Goblok,
Aidil
Comments