Skip to main content

Minggu Add Drop

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. and Hi.
Fuh..

Minggu yang perit. Aku ndak tahulah kenapa universiti ni tiada sistem yang bila mana kau dah daftar satu kursus tu. 
Dia susunkan terus jadual akademik kau.
Nayah. 

Ini dah clash, kena drop lagi. Mahu add pun payah kena tunggu di-approve lagi.
Weh. Seriuslah. Minggu add drop paling mental weh kami pernah hadap.
Dengan tidak boleh pergi kampusnya.

Kena lagi daftar kursus pun online. Mana ndak naik gila juga semua student tu menghadap laptop 12 jam.
Mana lagi pensyarah yang tidak benarkan kuota ditambah. Allahu. Perit.
Silap-silap hari ada pula yang extend sem ni. Palis-palis.

Aku stress bukan sebab apa. Tidak dapat add subjek Advance Calculus. Berasap juga kepala aku untuk memikirkan apa jadi pada semester 6 dan 7. Aii maklumlah subjek lepastu kena ada pra-syarat subjek Adv. tu. Hmm.. Aku pun duk pikirlah. Apa jadi sem depan kalau minor aku tidak dapat didaftarkan.

Kalau tidak dapat. Memang aku tambah je lah subjek elektif tu tanpa sebab. Biar garu kepala juga lecturer yang mengajor nanti.

Ish.. Ish.. Ish..

Mahu tidak mahu pun harapnya kita semua dipermudahkan segala urusan kita. Stress tidak stress. Sepa jak tidak stress.
Aku pun tidak tahu dengan keadaan budak-budak yang Internet connection-nya lemah.
Apa dorang buat?

Kebiasaannya, bila sistem server yang nak daftar kursus tu dah okay. Konfem-konfem subjek yang kita mahu add tu dah penuh. Ai.. Kau rasa? Apa dorang buat?
Sebab tulah orang gila ja cakap hidup sebagai siswa ni semua adil.

Ada Internet laju. Dapatlah.
Ada di kampus. Jumpa lecturer. Dapatlah tambah kuota.
Yang tiada rangkaian telco? Mahu call pun tidak tembus.
Hmm.. Letaklah hati ini  kepada Allah satu-satunya.

Allah saja tahu hati manusia. Aku pun bukan mahu cakap apa.
Rezeki aku ada. Dapatlah. Cuma untuk kawan-kawan yang mempunyai masalah yang aku nyatakan tadi.
Adilkah bagi mereka?

Semester lalu pun dah 3 orang berhenti belajar dengan pengetahuan aku.
Aii.. Sedih sebenornye. Aku mahu betul tengok orang-orang di sekeliling aku dapat bergraduasi dengan riak wajah mereka pada hari tu tersenyum gembira.

Yalah. 3 orang pun tu yang pernah sekelas, bersemuka dan ada juga satu AJK program dengan aku.
Aii. Alangkah indahnya kalau ada RM20k cash dalam tangan. Minta saja nombor akaun bank.
Dan teruskan belajar. Perjuangan menuntut ilmu.

Tiada yang boleh lawan zaman belajar. 
-Contengan Jalanan

Bagi rakan-rakan yang masih ada rezeki di peringkat menara gading.
Letaklah hati kita pada Tuhan semata-mata.
Just enjoy what you are doing during this period.
Ceh... I dah speak in English you uolsss.. Wkwkwkwkw. Tiadalah gurau saja. Haha.

Kepada pelajar yang burn tiketnya burn kerana perubahan pekeliling last minit dan golongan-golongan bodoh piang yang tidak kuarantin dah seumpamanya tu. Haa. Paham-paham la kome.
Cekalkan hati kamu. Ada hikmah di sebaliknya. Duit tiket flight adik aku pun burn.
Aish.. Mahu dimaki juga tu. Tapi aii.. Mahu marah pun. Apa juga aku dapat?
Penyakit hati ada la.

Dan ya. Tarik balik keperitan tadi. Kembalilah tauhidnya kepada Allah s.w.t.

Mahu bebel panjang pun entahlah mahu cakap apa. Cuma.
PERGH.. SAKIT GILA MINGGU ADD DROP SEMESTER NI.

Okay dah. 

Yang comel,
Aidil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...