Skip to main content

Di Balik Awan

Peterpan - Di Balik Awan (np) // Tanjong Malim, Perak // 12:11 a.m.


Berbaloikah segulung Ijazah ini? Atau hanya sekadar melepaskan lelah di dada.

Kelas. Masuk. Tidak faham. Muntah balik.


1 semester yang menekan diri. 1 semester yang dah macam tiada nilai tolak tambah.

Tajuk FYP belum settle. Kerja banyak tertangguh. Program acuh tak acuh.

Merindu satu keluarga, satu hal. Balasan mungkin sebab teringin betul mahu balik ke bumi Tanjong Malim.


Haa.. Makan. Duduk la situ. Rentas negerinya? Entahlah? Tiket? RM600++. Mahu aku makan apa di sini? Pasir?

Duduk sini dah cukup kot. Nada sayu.

Tapi itulah. Anggap saja perjuangan menuntut ilmu. Dah memang ini jalan yang aku pilih. Mahu lari ke mana?


Ramadan yang bagus. Alhamdulillah. Sebab ada sahabat-sahabat di sekeliling yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

Diri ini?

Usah katalah. Subuh berjemaah ke laut. Pengajian kitab di masjid. Mahu tidak mahu.

Tapi disebabkan lama tidak bersua dengan masjid.

Rasa sebak di dada pun ada. Betapa jahilnya. Jahil diri ini.

Dah macam 1 tahun tidak mengaji.


Maklumlah.. Di rumah manada transport untuk aku bergerak ke sana ke mari. Kalau ya pun, minta izin ibu bapa di rumah. Di sini, Alhamdulillah. Ada motor.

Itu pun hasil kumpul duit PTPTN masa semester 1 dan semester 2. Kalaulah plan aku yang mahu travel pergi Kudat, Semporna dan Kundasang masa cuti semester 2.

Memang jawabnya jalan kaki la pergi kelas. Duit simpanan tu cukup untuk beli motor je kot.

Sampai mama pun terkejut yang di bank aku tinggal RM400 untuk survive 1 semester.


"Haa makan la motor tu. Makan ekzos-nya. Motor mu bah tu yang mengasi makan kau." Itu ayat sindiran mama. Benda apa ja yang aku tak ingat. Haha.

Memang berdas-das telinga dibebel masa tu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 


Yalah. Dekat dunia ni. Mama mana je yang tak risau untuk anak dia. Kerja gila. Tapi Alhamdulillah. Masih boleh survive. Sebab ada rezeki masuk juga lepas tu. Boleh la survive untuk 1 semester.

Hari-hari yang mendatang memang tiada masalah sudah.


Apa lagi aku mahu tulis. Hmm.. Entahlah. Mahu kata stress tidak juga. Ada la.

Aku cuma mahu turun sidang saja pun. Lagi-lagi bab persatuan yang ada di universiti ni.

Nanti aku tulis la. Aku cerita lebih mendalam. Halnya.. Sebab aku tak nak adik-adik ni dimomokkan yang kehidupan universiti indah-indah belaka.

Aku dah catat dalam buku nota. Tinggal nak tulis je dalam blog. Tapi entahlah bila nak tulis.

Dengan FYP-nya lagi yang tunggang-langgang. Ai.. Nanti aku ambil sedikit masa la.


Ramadan kali ini mungkin indah sebab dapat berbuka di masjid. Alhamdulllah. Makan free lagi.

Memang tiada bajet yang keluar. Tinggal datang masjid dan berbuka ramai-ramai.

Aku fikirkan tidak banyak student UPSI stay sini. Rupanya ada juga la.

Boleh la sampai 50-70 macam tu.

Ditanya kenapa tak balik? "Stress" "Internet tak boleh go".

Fuh.. Perjuangan.

Ada yang tidak balik dari PKP 1.0 lagi. Kental.


Aku yang begini pun. Terbalik juga raya tahun lalu. Itu pun menangis di IPD KLIA dulu baru dapat balik. Wkwkwkwkw. Satu momen yang memalukan juga la. Tapi apa boleh buat.

Masa tu, aku dah betul-betul pasrah. Penat kau merantau dari Tanjong Malim ke KLIA2 dalam 1 hari lebih. Datang-datang kena halau. Siapa ja tidak mental.

Kucing betul. Tapi aku masih rasa kesian dengan student-student yang kena halau masa tu. Apa boleh buat juga. Lagi-lagi yang dari IPTS. Tanggungan diri sendiri. 

Apa pihak berkuasa tu pikir kita ni beli tiket flight guna daun ke? Mengarut betul.

Itu cerita tahun lepas la.


Untuk raya tahun ni?

Stay sini je kot. Tanya la pemimpin kita tu macam mana. Dah nak terbalik dah Malaysia.

Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala urusan bagi  kita semua. Insya-Allah.

Nak maki ni.. Nak maki. Tapi hmm.. Kan.. Ramadan.


Banyak aku membebel hari ni. Entah la apa.

Apa aku terlintas dalam ni fikiran. Type saja la. Allah..

Jam 12.30 sudah.

Mahu tidur.

Jangan lupa niat puasa. Hehe.

Jangan lupa Subuh berjemaah.


Aku terbangun di rumah pun sebab dorang. Semoga sahabat yang mengajak saya ke arah kebaikan dapat menuju ke syurga kelak. Insya-Allah.


Salam Ramadan,


Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...