[OFFICIAL PLAYLIST] 그 해 우리는(Our Beloved Summer) OST 전곡모음 (np); 12:26 a.m.; Bilik Sendiri; Sandakan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Fuh.. *meniup blog yang sudah lama berhabuk*
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Gila.. Sekian lama. 7 bulan juga haa.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Fuh.. *meniup blog yang sudah lama berhabuk*
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Gila.. Sekian lama. 7 bulan juga haa.
Ingat nak berhenti. Tapi.. Ai... Ada beberapa permintaan dari orang untuk teruskan karya kenangan ini.
Hmmm.. Aku pun.. Yalah. I'm back. Aku rasa aku betul-betul berhenti menulis Blog apabila aku masuk ke alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.
Jadi untuk kali entri hari ini. Aku ingin menyambungkan post wajib apabila aku tamat praktikal di sesebuah sekolah.
Yalah. PPG 1, PPG 2, LM 1 dan untuk praktikal terakhir yakni LM 2. Sebab bila kamu baca post yang dahulu pun. Setiap perkara tu aku yang ceritakan.
Cuma.. Why? LM 2? Tiada. Haaa. Sebab konon nak berhentikan. Acah-acah paling disakiti oleh perempuan. Itulah kononya. Tapi tidak apalah.
Mari kita mulakan!
......
....
.
3 November 2021
"Mohon semua pelajar mengisi maklumat Penempatan Sekolah LM2 pada Mac 2022. Sila muat naik surat kesediaan yang telah dtandatangi oleh pengetua."
Satu pesanan yang telah dihantar oleh penyelaras Latihan Mengajar kami.
Buntuh? Pun ada. Bingung? Pun ada.
Yang terlintas dalam kepala masa itu adalah sekolah SMK Sandakan II.
Entahlah kenapa tiba-tiba memilih tempat tersebut.
Kalau ikutkan azam dan perancangan aku. Aku sebenarnya nak pilih di sekolah asrama penuh atau pedalaman.
Tapi yalah.. Disebabkan sekolah yang diinginkan jauh dari rumah. Mahu tidak mahu, kena juga pilih sekolah yang berdekatan.
Ada yang tanyalah kenapa tidak sambung sekolah LM 1?
Jawapannya simple saja.
Pengalaman. Pengalaman baharu.
Sampai ada yang tuduh aku nak gain followers banyak dari kalangan murid-murid.
Sebab tu pindah-pindah sekolah.
Haha. Weh. Takdelah ya.
Pada keesokan harinya, aku menelefon pejabat sekolah tersebut untuk meminta izin sekiranya boleh menjalani praktikal di sana. Kerani dengan nada yang sopan dan baik memberi jawapan bahawa mungkin boleh. Cuma kena datang untuk berjumpa dengan pengetua.
Aku pun memaklumkan kepada kerani agar berikan pesanan saya kepada pengetua bahawa aku akan datang ke sekolah esoknya untuk meminta tandatangan daripada pengetua itu.
Kerani.. Aku senangkan. Panggilannya abang Mansor.
Abang Mansor pun bersetuju.
Esoknya pula. Dengan segak lagi bergaya. Berkemeja, bertali leher siap dengan nametag.
Aku pun ke sekolah tersebut. Google Maps dibuka untuk mencari arah ke sekolah itu.
Tidak disangka. Rupanya sekolah yang terlintas dalam fikiran aku ni adalah di kawasan Bt. 6.
Aku pikirkan sekolah ni bersebelahan dengan SMK Sandakan.
Rupanya bukan! Cis. Tidak apa. Kita proceed.
Nafas ditarik sedalam-dalam untuk berjumpa dengan pengetua.
Kena bagi first impression yang baik mah... Baru nampak profesional. Ceh...
Dan. Tidak disangka.
Hampir saja aku berpindah ke SMK Tinusa disebabkan pengetua hampir tidak menerima aku praktikal di sana.
Beliau tidak menerima pelajar praktikal di sana kerana ada isu di mana pelajar yang pernah praktikal dulu mencerap cikgu yang bukan dalam option.
Yalah.. Kau option Seni. Tiba-tiba observe cikgu yang ajar Sejarah.
Sekali korek sedalam-dalamnya cerita dalam kalangan cikgu. Ada battle politiklah sikit dengan pihak pentadbiran katanya. Sampai cikgu tu dari mengajar Form 6 bertukar mengajar Menengah Rendah / Atas.
Nayah.. Gara-gara budak tu. Student lain yang kena tempias.
Aku.. Dengan nada yang tenang dan lagi jelas. Memperincikan kenapa aku ingin praktikal di sana.
Diringkaskan, pengetua akhirnya menerima aku dan beliau menyatakan bahawa akulah pelajar terakhir yang dia terima di sekolah tersebut.
Dah ada 5 orang dah mohon praktikal kat sini. Tak nak terima lagi katanya.
Aku pun setuju. Dan bersedia pada 21 Mac 2022 nanti. Hehe.
Jumpa lagi kawan-kawan baharu.
...
..
.
21 Mac 2022
Fail Latihan Mengajar? Ada..
Baju? Ada..
Nametag? Ada...
Buku, bahan-bahan mengajar, pen marker, calculator? Roger and out. All complete.
Pada pagi hari tersebut, aku dengan segak lagi bergaya. Memulakan Latihan Mengajar aku di sana.
Dalam menunggu pengetua, aku menegur sapa cikgu-cikgu yang berlalu di sekitar pejabat dan koridor di sana. Acah-acah mesra.
Setiba pengetua datang, pengetua memaklumkan aku untuk berjumpa dengan PK Pentadbiran.
Settle jadual. Settle tempat duduk. Settle-kan sekali dengan guru pembimbing yang bakal aku menuntut ilmu dengannya.
Tup.. Tap.. Cikgu-cikgu hebat sia aku dapat. Haha.
Cikgu Matematik. Ajar Tingkatan 1. Sama macam di Merpati dulu.
Cikgu Fizik. Okay.. Tingkatan 4. Roger and out.
Cikgu Matematik ini. Memang perfect punya oranglah. Pedagogi cun gila-gila.
Aku masuk kelas beliau mengajar pun. Terpegun. Begini rupanya seeorang cikgu. Pendidik.
Cikgu Fizik. Sporting.. Santai.. Gaya ala-ala macam orang muda sikit walaupun umur masuk 40-an.
Yang penting. Memang hebatlah bah mentor yang aku dapat ni.
Dan.. Di sinilah. Pengembaraan aku bermula.
Untuk makluman semua, ini merupakan pengajaran kelas aku yang pertama kali secara bersemuka.
Untuk 2 minggu pertama. ODL, PdPR. Itu benda aku boleh go. Sebab semasa aku praktikal di SMK Merpati dulu, fully PdPR. Jadi tiada masalah.
Ada teknologi. Internet okay. Cuma masalahnya.. Hehe. Kena datang ke sekolah la. Duduk di meja. Mengajar.
Kalau dulu. Fuh.. Punch in dari rumah sahaja. Kalau takde kelas. Sambung tidurlah. Punch in. Terus tidur.
Tapi kat sini. Memang kena start engine jugalah jam 6 pagi tu untuk ke sekolah.
Untuk PdPR di sekolah ni. Agak terancam sikit. Ceh... Terancam haaa. Haha.
Maksud aku. Ia mengganggu sikit. Sebab bila kau kuatkan suara ketika mengajar di depan laptop.
Haa. Mahu satu bilik guru tu dengar apa benda yang kau sedang ajar.
Jadi, aku cari alternatif dengan mencari kelas kosong dan menggunakan data sendiri yang disambungkan dengan laptop. Tidak guna WiFi di bilik guru tu lah. Mahu tidak mahu, aku terpaksa buat macam tu. Kalau ndak.. Ndak menjadilah PdPR aku.
Untuk tingkatan 1. Ini pertama kali. Aku mengajar secara PdPR melalui ruangan WhatsApp. Yalah..
Kau try-lah buat Google Meet untuk kelas Tingkatan 1. Berapa kerat je yang datang.
Aku dah tahu dah pattern dia macam mana.
Cikgu mentor Matematik aku, ada memberi template PdPR yang disertakan latihan, video YouTube dan link Google Form untuk kelas yang pernah beliau ajar.
Mukadimah sebelum memulakan pengajaran. Haha.
Jadi itu sahajalah tentang PdPR.
Kekangan banyak sebenarnya. Sangat.. Sangat banyak. Lompong itu ada saja.
Yalah. Ada murid tidak dapat akses sebab tiada smartphone.
Internet kadang line macam haram.
Ibu bapa yang bekerja terpaksa berkongsi telefon dengan anak di rumah. Kalau ibu bapa mereka bekerja. Maka, anak murid tersebut tidaklah join kelas.
Kesian.. Susah sebenarnya.
Kalau kau rasa susah. Ramai lagi yang susah di luar sana.
Ada juga bila ada kemudahan, privilege yang tersedia. Tapi tidak digunakan sebaiknya.
Ini pun.. Jenis kufur nikmat ni. Ada WiFi, telefon canggih, ada bilik tersendiri.
Pun... Tidak juga datang kelas. Kadang saya pun tertanya-tanya.
Mental breakdown kah sebab tidak dapat hadir kelas? Kalau stress sebab susah mahu faham. Tidak apa.
Aku sentiasa membantu. Aku cuba sehabis baik. Tapi hmmm.. Indah khabar dari rupa sahajalah.
Dekat status WhatsApp bukan main. TikTok. Main ML, PUBG. Tapi bila ditegur pasal kerja.
Ketawa-ketawa. Ai... Pening kepala kita.
Hanya mampu berdoa sahaja untuk mereka. Sebab dia macam equation mah..
100 = 100. Mana boleh aku letak 100 peratus pedagogi dan usaha aku untuk murid.
Tapi murid sendiri buat endah tak endah. 100 = 50? Adakah sama. That's Mathematics!
Tapi ndak palah. Aku pun kena bersangka baik.
Tapi ingat yang di luar sana. Takkan ada hasil sekiranya tiada usaha.
Usaha tidak pernah sia-sia.
Untuk minggu ke-3 di sekolah tersebut.
Start sudahlah kelas yang secara bersemuka. Jadi masalah kepada aku apabila masuk ke kelas Tingkatan 1.
Nayah juga weh... Haha. Sebab apa perancangan yang kau buat untuk kelas yang dijalankan tu. Tidak sama sekali dengan RPH kau. Blur-kan?
Ringkas cerita. Kau dah sediakan pengajaran kau dengan terperinci. Tapi dia ada slack apabila ada murid tidak dapat catch up seperti yang kau rancangkan.
Dekat sinilah. Baru aku tahu. Langit tinggikah rendah.
Yalah. Biasa bila kita duduk dalam kelompok yang pandai, hebat, serba boleh. Benda yang diajar tu nampak mudah saja.
Sekali bila aku tengok balik.
"Aii.. Dill... Ini bukan sekolah kluster, bukan sekolah MRSM, SBP, ranking tinggi-tinggi."
Ini sekolah yang di mana kaki kau berpijak, yang di mana muridnya mempunyai pelbagai latar belakang dan juga tahap penguasaan. Rendahkan expectation dan buat sehabis baik. Yang lain kita serah kepada Allah swt.
Sebab aku rasa. Diri aku seperti seorang yang gagal sekiranya pembelajaran hari tu tidak mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Bila ditanya. Faham...
Bila ditanda. Aik... Salah ni.
Haa gitulah. Begitulah realiti seorang guru. Hehe.
Kena tackle la. Mana murid yang slow. Mana murid yang dapat catch up dengan cepat.
Pelbagaikan cara pengajaran. Lama-lama engkau akan faham juga.
Untuk Tingkatan 4. Tiada masalah. Sebab yalah. Budak-budak Sains Tulen ni kebiasaannya sudah ditapis. Tengok dari result dan tahap penguasaan. Jadi mereka-mereka ni. Tiada masalah.
Senang cerita. Mereka ni rata-rata memang di kelas depan sudah.
Aku tidak merendahkan kelas belakang. Tapi kena faham.
Latar belakang dan tahap penguasaan.
Mereka santai.. Happening.. Sporting. Suka la aku.
Cuma.. Macam biasa la. Bila mengajar bersemuka untuk pertama kali tu,
Fuh... Banyak bercelaru sia.... Tapi memang aku post-mortem dan tambahbaiklah mana yang patut.
Untuk next-next kelas tu, Alhamdulilah. Okay juga.
Cuma.... Ai... Makmal Fizik sekolah tu saja bah. Banyak gia ndada bahan.
Kadang aku tengok kawan-kawan yang praktikal di sekolah lain.
Best... saja. Ada projector. Set experiment lengkap.
Sekali kat aku.. Allah.. Projector pun main pinjam. Set experiment usah cakaplah. Ada saja tidak lengkap.
Terpaksa kita main teori dan nampak situasi sebenar kehidupan seharian untuk memahami konsep Fizik tu.
"Cikgu-cikgu di sana macam?"
Best.. Dan yalah.. Sebelum aku terlupa. Sebenarnya.. Aku sahaja satu orang saja praktikal di sekolah tu.
Memang.. Ai... Pasal 5 orang yang konon praktikal di situ. Tiada weh..
Aku memang blur sia. Pada hari pertama tu. Aku tak tahu nak bergaul dengan siapa-siapa.
Yalah.. Engkau pun masih student. Kepala mestilah mahu cari yang sama wavelength.
Dan.. Di sinilah. Aku merasa suasana kerja atau 'cikgu sebenar' yang menjawat jawatan di sektor kerajaan. Teruk weh.. Sakit..
Siapa cakap kerja cikgu ni. Mengajar saja. Memang mahu aku pukul la. Dia banyak kepada kerja pengkeranian, meeting, kursus, isi data budak.
Sampaikan kau rasa mengajar di kelas tu, cuma 30%.
Yang lain.. Haa sumbatlah segala pelaporan yang entah apa-apa.
Dan di sinilah baru aku faham kenapa guru-guru ni memohon untuk pencen awal.
Stress yang melampau. Kerja mereka yang di luar hakiki.
Yang macam Ustaz Roslan kepada aku; "Cikgu dulu-dulu yang sudah pencen, sanggup lagi mohon untuk mengajar semula kalau diberi kesempatan. Kalau sekarang, memang tiadalah. Mahu mengajar balik pun boleh naik darah tinggi." Haha. Waih.. Sampai tahap macam tu sekolah.
Senang cerita. Ini berkaitan dengan pentadbiran and policy maker itu sendirilah.
Termasuk juga kerana zaman sudah berubah.
Bayangkan masa Ramadan hari tu. Boleh-boleh kena mesej aku jam 3 time Sahur untuk isi pelaporan murid. Macam kau bekerja 24 jam sia. Sabtu / Ahad pun kena kacau sebab kena sediakan bahan mengajar dan RPH. Begitulah.
Kalau cikgu yang lama sudah mengajar lama mungkin dari persediaan kelas kurang sebab sudah ada content dalam kepala.
Kalau aku? Nah.. Study lagi balik. Baca lagi balik. Baca lagi buku. Mantapkan persediaan.
Alhamdulilah.. Dari masa ke semasa tu makin okay jugalah. Kadang ndak perlu buku untuk dirujuk. Ada sudah dalam kepala. Hehe.
Cikgu lelaki kebanyakan masih banyak kepala-kepala yang vibe-vibe muda punya orang.
Alhamdulillah. Ndak juga aku awkward untuk praktikal di sana. Banyak yang lucu. Time rehat, duduk meja semakan. Cerita masih boleh masuk.
Tapi pengalaman dorang.. Fuh.. Memang mahal sia. Jujur aku cakap.
Diringkaskan. Nasihat dorang. Pengalaman dorang mengajar. Cerita mereka semua ada bait-bait kehidupan.
Contohnya si Aming (bukan nama sebenar), nasihat aku untuk tidak mengambil personal loan.
Banyak penyesalan dia sekarang disebabkan hutang jahat yang menimpa dia.
Dia suruh aku kumpul duit. Jangan terjebak dengan hutang jahat. Sikit-sikit dah la.. Haa gitu.
Memang hidup dia sekarang just untuk bayar hutang saja. Syukurlah isteri dia cikgu juga. Dapat juga tampung kos. Kalau tidak. Nayah member.
Cikgu-cikgu lelaki lain. Ada cerita mereka tersendiri. Hobi. Pasal kelab peminat bola sepak. Like always la. Liverpool memang aku benci.
Cikgu-cikgu perempuan yang mengajak iftar bersama di Sabah Hotel. Dorang lagi la.
Ada saja gosip dan isu berkaitan sekolah tu. Tapi di sini aku ndak cerita la.
Dangerous... Huhu.
"Cewek-cewek tiada Dil? Calon atau bakal isterikah?"
Yang ni.. Tiada. Sebab. Aku tak nak disakiti lagi. Sebenarnya ada juga cikgu-cikgu lelaki yang pasang-pasangkan aku dengan cikgu perempuan yang bujang sana. Siap dengan budak form 6.
Tapi aku buat layan tak layan je lah. Malas. Bab bercinta ni. Memang aku serik sudahlah.
Even kau spec bidadari sekali pun. Hati aku ni macam dah mati sudah. Bagus jadi gay. Tidak bheee.. Gurau haa. Masih ada fitrah menyukai perempuan juga ni.
Tapi aku perasan juga ada cikgu perempuan bujang ni suka aku. Tapi macam biasalah. Aku ndak layankan. Dia lalu-lalu pun aku buat ndak endah je.. Dan aku tahu sudah siapa yang confess dekat Blog aku tempoh hari. Tapi yalah. Kalau ada jodoh. Ada la kan. Dia dah financial stable kot.
Rasanya dia je cikgu yang 20-an sana. Yang lain rata-rata dah 30-an dan veteran. Berkahwin dah banyak.
Sebab tu aku tanya si Aming. Dia bilang memang tiada cikgu 30-an. Budak one-off pun tiada posting di sekolah tu. Harapan untuk mencari bakal makmum ku memang tiadalah.
Eh kejap. HAHAHAHAHAHAA. Weh. Baru teringat.
Ada cikgu perempuan. Cikgu kaunseling praktikal kat sekolah tu juga. Dia datang pada minggu ke-4.
Astaga. Tapi serius. Time ni aku mahu langgar gia. Mahu confess. Siap aku mengatur haa makan di McD sama dia.
Sekali... Phuii... Harapan lebur menjadi bubur.
Dah ada boyfriend. Terpaling membagi harapanlah si Acheng (bukan nama sebenar), dia cakap konon perempuan tu tiada boyfriend.
Senang cerita si Acheng ni pernah mengajar budak tu bah. Si Acheng ni rapat dengan pak cik budak tu. Sampai si Acheng pergi bagi bah Instagram cikgu praktikal tu. HAHAHAHAHAHA.
Sekali sudah ku follow. Dia pun follow aku. Pergh... Stalk-stalk.. Bhaii... Ada boyfriend sudah sia.
Macam biasalah. Dengan prinsip aku yang sangat kuat. Unfollow terus.
Orang yang sudah berpunya ni. Jangan dikacaulah. Malas aku mahu ambil peduli.
Sehebat-hebat aku kuat melanggar. Mulai dari hari tu, aku memang berhati-hatilah kalau mahu langgar perempuan single. Check juga latar belakang.
Tapi seriuslah. Kalau dia single-kan. Memang aku go saja tu kalau dapat. Tapi yalah. Kita ni mampu berusaha dan berikhtiar saja. Allah swt yang menentukan.
Siap ada yang menghasut bhai.. Belum suami bah lagi dorang. Boleh bah tu Dil.
Jangan budu. Ai... Sudahlah. Aku yang kena tinggal ni pun berparut dan sakit hati hati.
Apa lagi yang jenis ada orang ketiga. Bikin war saja.
Bukan kita ni budak-budak. 20-an. Budak-budak saja kacau hubungan orang atau main curang ni.
...
..
.
13 Mei 2022
Alhamdulillah. Praktikal aku habis juga dengan jayanya.
Seperti biasalah. Jumpa pengetua untuk tandatangan borang checkout.
Jumpa guru pembimbing. Jumpa rakan sekerja.
Mengucapkan kata-kata terakhir dan sekalung penghargaan terima kasih kepada mereka semua.
Dari pentadbir hingga ke murid.
Murid pun ada siap minta bergambar bhai.. Sebab dorang bilang aku hensem.
Entah celah mana hensemnya. Padahal murid-murid tu pun bukan kelas aku ajar.
Just aku masuk kelas dorang untuk relief dan ganti guru saja.
Murid Tingkatan 1 juga tidak dilupakan terutamanya 1 Dinamik dan 1 Bestari.
Ada kad ucapan. Story Instagram yang memberi penghargaan. Terima kasih banyak-banyak.
Sir hargai sangat-sangat. Termasuklah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Apa-apa pun terima kasih semua. Jasa anda tidak pernah dilupakan. Sentiasa ada dalam ingatan.
Doakan aku untuk convocation, dipermudahkan urusan posting :) dan untuk hari-hari yang seterusnya. Insya-Allah.
Yang menulis kembali.
Aidil
Next entri: Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022).
Nantikan!
Comments