Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t
Another [GreaTroubleMaker] ?
Nah.. Okay guys. Are you from outside Malaysia?
*English broken*
Haha.
Now, if you visit my blog. You could translate it.
I show you haa. Relax.
Click this! |
Come on guys! Haha! |
.
.
Alhamdulillah. Banyak anak-anak soleh dan solehah telah me-wish kepada ibu mereka masing-masing. Sejuk perut mak mengandung.
Tak macam aku.
Seen. Bluetick. Wish pun tak.
Takde lah. Gurau saja.
Jahat-jahat aku pun. Takut juga aku bila mama kecil hati.
Tapi aku tak lah jenis macam tu. Hati keras, muka ala-ala Korea. Kena cool sikit. Mana boleh main wish. Malu aku.
"Dasar anak derhaka!"
Okey.. Okey.. Lain orang, lain cara dia. Memandangkan aku ni bukan jenis kaki story, Twitter apa segala. Tapi aku tukar benda tu kepada kelakuan.
"Kelakuan?"
Yup. Apa guna post benda kat media sosial. Tapi bila kat rumah, suruh buat kerja oleh ibu pun, kadang liat mahu buat.
Dan.. Aku terfikir juga. Aku takut jikalau ada seorang dari sahabat aku yang dah tiada ibu, tak terasa ke mereka? Aku takut dorang sayu pula.
Bukanlah aku ni anak yang baik. Dari blog post yang dulu pun, korang dah tahu character aku ni macam mana. Nakal, jahat, samseng, pukul budak, peras ugut. Fuh. Gila.. Temberang habis betul aku ni. Tak.. Itu semua mitos.
Tapi masih.. Aku masih sayang mak aku sebenarnya.
Ada satu kata daripada satu ulama yang menyatakan ;
"Jika engkau mahu rezeki mu seperti raja. Maka layanlah orang tua mu seperti raja."
Benda tersebut betul.
Okey. Aku kaitkan dengan pengalaman aku dulu.
Sepanjang belajar aku tak pernah lagi bawa buku, assignments, atau apa-apa homework bila balik ke rumah.
Gila apa? Dari Kota Kinabalu ke Sandakan pun, dah 6 jam, buku bawa tebal. Last-last tak buat pun di rumah.
Jadi mulai hari itu, aku tak bawa dah. Lantaklah assignments macam Gunung Everest sekali pun. Aku biarkan saja kat asrama/kolej.
Tapi kawan.. Nawaitu itu kena betul lah.
Sepanjang kita cuti tu? Nak buat apa sebenarnya?
Niat aku satu. Family. Luang masa dengan keluarga.
As simple as that.
Nampak mudah kan? Tengok macam tak logik?
Ya. Kita ni kadang datang rumah, menghadap henfon saja.
Tapi ya. Benda yang kecil tersebutlah dapat banyak mengubah sebenarnya.
Dari perspektif aku lah.
Aku dah berapa kali bergaduh dengan mama aku. Sebab berdegil tak nak balik Sabah.
Yalah. Tiket mahal. Gaji mama pun bukannya besar sangat, tapi masih Alhamdulillah.
Aku cakap guna duit tu untuk beli beras, barang dapur segala. Mama nak juga suruh anak sulung dia ni balik. Ai.. Smh.
Dan ya..
Dengar cakap ibu ni sebenarnya Fardhu Ain'. Tidak membantah, tidak melawan cakap.
Kadang aku mahu betulkan konsep tersebut kepada orang yang dekat dengan aku.
Kata kita ni anak ibu lah, manja lah. Aku senyum bila orang kata begitu.
Lagi dikias dengan kita ni anak orang kaya. Allah.
Lagilah. Aku senyum saja.
Padahal dorang tak tahu pun latar belakang aku macam mana.
Satu saja. Dengarlah cakap ibu mu.
Lagi nak bawa bergaduh kalau dia suruh kita datang satu kem yang dikaitkan dengan agama.
"Niat kerana Allah. Niat kerana Allah. Nanti cuti semester boleh balik juga,"
Dan seperti biasa. Aku diam lalu tersenyum.
Aku siapa syeikh mahu lawan cakap mama aku? Siapa?
Maaflah kalau cerita ini sahih atau tidak. Aku datang majlis ilmu pun bukan buat catatan. Genji kan?
.
.
Ada satu ulama yang terkenal memberi satu tazkirah di masjid. Dan ketika memberi tazkirah tersebut, seseorang datang kepada ulama itu lalu memberitahu bahawa dia perlu pulang ke rumah untuk memberi anak ayam makan. Ibu ulama tersebutlah yang menyuruh anaknya supaya berbuat demikian.
Kalau kita di tempat orang yang hadir pada tazkirah tersebut? Mesti hairan kan?
Tolong haa perbetulkan kalau ada salah. Aku dengar cerita tu masa matrik dulu.
Seperti sedia maklum, solat sunat harus dibatalkan kalau ibu memanggil kerana takut ibu itu terasa hati.
Tingginya darjat seorang ibu.
Benda-benda begitulah aku yang membuat aku rasa bersalah kalau tersalah apa-apa kepada mama.
Aku hiraukan saja jikalau ada kawan aku membawa lepak tengah malam. Bila aku minta izin dengan ibu. Kalau ditolak, maka tak lah aku datang.
Sudah alasan diberi. Mereka pun ketawa. Dah besar pun minta izin.
Memang prinsip aku lah. Aku pergi mana-mana sekarang pun still juga minta izin.
Ada doa dan keberkatan disebalik keizinan tersebut. Kita saja ambil mudah benda tersebut.
Tanpa doa ibu kita, kita takkan berdiri di mana kita ada sekarang.
Ilmu, kejayaan, rezeki dan seumpamanya boleh datang daripada doa seseorang ibu itu juga.
Walaupun kita kadang ada tidak bersefahaman dengan ibu kita. Cubalah untuk selesaikan. Jangan sampai satu tahap menyesal di kemudian hari.
Kadang sedih bila melihat anak-anak yang tidak memberi perhatian kepada ibu mereka.
Penyesalan aku boleh diiktibarkan pada diri aku sendiri.
Arwah nenek aku.
Okey. This is not TroubleMaker.
Ini cerita.. Baca sajalah.
Masa tingkatan 4 tak silap aku.
Semasa cuti 3 hari di asrama, aku pulang ke Beaufort. Lama tidak balik kan. Aku saja singgah ke sana. Mahu tahu khabar atok dengan nenek.
Rumah di Beaufort tu sunyi syeikh.. Sunyi sangat.. Sayu.
Suasananya tidak seperti dulu.
Anaknya semua dah berjaya tinggal di daerah luar.
Memandang masa aku ke sana. Ada 4 orang saja kami. Aku, Lambda (pak cik, bukan nama sebenar), atok, dan juga arwah nenek.
Menitik air mata bila arwah nenek meluah. Arwah tersebut menangis depan aku. Aku sebagai cucu. Diam sajalah. Mahu tenangkan pun. Aku biarkan untuk dia lepas semua.
Arwah tersebut mempunyai penyakit stroke. Lumpuh sebelah badan.
Bila tengah-tengah aku memasak nasi goreng untuk sarapan di sana, di situlah arwah meluah.
"Kita ni bila sakit.. Tiada orang mahu tengok.. Semua tidak mahu ambil peduli."
Terhantuk kepalaku. Hairan. Duit bulanan dikirim. Makanan, beras semua cukup di rumah tersebut.
Dan ya. Mungkin arwah mahu perhatian daripada anaknya.
Yang berguna pun, aku rasa si Lambda. Walaupun menganggur, tiada kerja. Dialah yang jaga arwah selama ini. Yang lain, engineer, gaji atas 10k. Mahu balik raya pun susah.
*menghembus nafas panjang*
Semua datang bila arwah itu meninggal.
Aku pun tidak tahu bila last aku berjumpa dengan arwah. Tapi Alhamdulillah. Sempat juga meluang masa dengan dia. Walaupun aku ni bukanlah cucu terbaik di antara cucu-cucunya.
Kita sebagai anak ni. Pandai-pandai fikirlah. Aku balik masa mid-sem pun dipertingkaikan.
Tahu yang ajaibnya? Walaupun duit gaji mama kadang habis separuh gara-gara untuk aku balik ke Sabah.
Tapi Allah sentiasa cukupkan rezeki kami.
Aku pun kadang hairan.
Mungkin betul. Doa ibu tersebut. Berkatnya kasih sayang seorang ibu.
Semoga kita menjadi anak yang berguna untuk kepada ibu bapa kita. Yang mampu menarik mereka ke syurga bersama-sama.
Underground pun underground juga, nakal pun nakal juga. Perangai syaitan macam mana pun juga.
Tapi.
Doa untuk ibu, jangan pernah dilupa.
Yang mana ibunya dah tiada. Bolehlah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.
Ingat.. Doa seorang anak pun powerful juga.
Moga bertemu di syurga kelak. Insya-Allah.
Mungkin dijaga oleh nenek atau lain-lainnya, maka bahagiakan mereka yang telah menjaga mu.
So, :) .
So, selamat hari ibu kepada moyang, nenek, dan ibu-ibu di luar sana.
Termasuk muka yang macam ibu-ibu. HAHAHAHAAH.
Oh ya. Ramadhan jangan lupa!
Yang kejam,
naratorjalanan
Galeri
Comments