Skip to main content

Dulu Pahit Sudahku Telan. Yang Masih Tersisa, Biarku Simpan.

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin tulisan ini agak menjerumus ke dalam kehidupan peribadi sikit.
Tapi aku akan cuba ringkaskan dan cuba bertapis.

Seperti biasa. Watak-watak yang ada bukanlah menggunakan nama sebenar.

Alhamdulillah. Kehidupan aku sekarang dah makin okey.
Bolehlah.. Haha. Cuma untuk sampai ke tahap sempurna kendiri itu.
Masih jauh.

Perkongsian ini cumalah pengalaman peribadi aku. Di mana kesenangan dan ketenangan yang aku kecapi harus aku syukuri ketika ini. Bukan ketika ini saja. Juga untuk masa-masa yang seterusnya.
Insya-Allah.

Pahit getir yang dialami dulu bila dilihat kembali, ia semakin pudar. Mungkin juga sikit demi sikit akan menghilang.

Di titik permulaan di mana ayah aku diberhentikan kerja.
Fasa-fasa seterusnya, makin lama makin serabut. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat juga dilepasi. Haha.

Diberhentikan atas sebab kenapa?
Maaf, benda tu. Aku tidak boleh cerita. Itu selok belok yang lagi mendalam.

Penat lelah usaha ibu menyara kami adik-beradik tidak boleh aku lupakan. Sehinggalah di mana aku berpijak sekarang.
Masalah keluarga yang kian berantakan pada waktu dahulu lagi menambahkan serabut di kepala pada ketika itu.

Orang cuma nampak yang aku ini hidup senang. Budak pandai konon. Tapi disebaliknya.
Aku yang hadapinya sendiri. Aku tidak tahulah apa perasaan dan emosi adik-adik aku ketika aku duduk di asrama dulu. Adakah dorang juga sama seperti aku? Tapi dipendam.

Tapi lihat keadaan sekarang pun. Syukurlah. Okay juga dorang.

Apabila ayah diberhentikan kerja dulu. Ekonomi rumahtangga tidak payah cakaplah. Ada saja yang tidak kena.
Memandangkan aku duduk di asrama penuh. Mungkin satu beban seorang anak daripada empat adik-beradik dapat dikurangkan.

Semenjak peristiwa masuk ke asrama. Aku cuba sedaya upaya untuk berdikari. Lantaklah. Jangan cuba susahkan kedua ibu bapamu ketika itu. Jangan pernah minta duit.
Masuk tingkatan 2, biasiswa MARA tidak dapat-dapat.
Kesilapan isi nama atau tercicir mungkin. Aku hanya mampu cuba bersangka baik.

Turun naik pejabat. Fuh... Tidak payah bayangkanlah.
Sampai penolong HEP pun kenal aku. Puan Zubaidah (bukan nama sebenar).

Turun naik pejabat. Hanya menanyakan khabar.
"Kak, bulan ni. Tiada juga cheque saya."
Bertanyakan pasal cheque. Pelajar-pelajar yang di bawah tanggungan MARA akan diberikan elaun RM50 sebulan.

Tapi aku? Dari mula jejak kaki ke MRSM lagi. Tidak dapat.
Puan Zubaidah pun terus menelefon ke pejabat Bahagian Pendidikan MARA (tempat utama data pelajar; pejabat di Semenanjung).
Alhamdulillah. Selepas 2/3 bulan. Dapat juga duit.

Duit yang ada. Akan ku simpan. Tabung. Kerana kadang kala. Ibu akan cuba meminjam duit dariku sekiranya ada benda yang tidak cukup di rumah (bayaran bil, makanan, etc etc). Duit gaji ibu pun. Bukan cukup pun. Cukup makan. Tapi Alhamdulillah.

Tidak disangka-sangka. Tragedi entah bila. Lokerku dipecahkan. RM249 lesap.
Aku menyesal. Yalah. Mungkin silap aku sebab membiarkan duit tersebut terletak di dalam loker.
Suspek seperti biasalah. Si Babi Spek Mata. Kalau aku jumpa di luar. Jujur. Aku akan pukul terus.

Penat lelah aku simpan. Tidak sangka. Hilang macam tu saja.
Aku tetap tabahkan hati untuk meneruskan hidup sepanjang 5 tahun di sana.

Sebab itulah. Aku sebenarnya cemburu apabila ada kawan-kawan dapat beli makanan di kafe dan juga koperasi. Ada juga yang mencop aku sebagai orang kedekut. Yalah... Boleh dikira pakai jari bhai.. Bila aku pergi kafe dan keluar masuk di koperasi tu. Kalau kiosk malam apatah lagi.

Tapi aku? Masih makan makanan Dewan Selera dan maggi. Hehe. Makan 5 kali sehari, kerajaan dah subsidi kot. Sedap tak sedap, telan saja.
Pada tingkatan 4, Alhamdulillah. Namaku tersenarai dalam biasiswa Petronas.
Dapat dalam RM1k lebih, satu tahun. Ada juga untuk kurangkan beban ibu.

Bila dapat duit. Kalau ibu perlukan sikit. Terus bagi.
5 tahun pengorbanan selesai.

Ikat perut. Dah simpan duit yang tersimpan untuk kegunaan masa depan. Lepas SPM, boleh kerja part-time. Kumpul lagi. Kerja lagi. Hustle-hustle kerja keras.
Ada duit lebih, labur ASB.

Hidup diteruskan. Makan hanya sekadar makan. Yang penting orang di rumah dapat makan sedap sudah cukup bahagia untuk aku.

Tidak disangka. Tidak diduga. Aku diuji lagi. Kisah percintaan dan juga... Ayah.

Noktah kehidupan MRSM dah bertemu.

Masuk ke fasa seterusnya, matrik life.

Fuh.. Pahit. Kisah percintaan. Usah cakaplah.
Aku dah cerita. Aku malas nak ulang balik.
Jap.. Attachment. Klik la.

Kenapa ayah? Aku tidak berani kongsi di sini. Apa yang boleh aku katakan.
Aku menjamin bapa aku dari lockup. Ada kes. Aku tidak mahu cerita.
Aku tidak boleh. Maaf.

Sebanyak RM2k ibu perlukan.
Ketika penat lelah menjawab exam. Masa aku duduk di tangga masjid. Satu panggilan ibu terpapar di skrin telefon. Air mataku tiba-tiba mengalir.
Aku penat.. Aku penat.. Sangat-sangat..

Sehinggakan berani untuk aku bersuara dengan ibu.
"Ma.. Cerai sajalah. Menyusahkan."

Ibu.. Tidak akan? Hanya kerana 1 keburukan. 1001 kebaikan yang dia pernah buat. Kau lupakan?

Mahu tidak mahu. Aku kena lepaskan. RM2k. Ada hikmah. Ada hikmah Dil.. Ada hikmah. Pujuk diriku.

Penat aku belajar untuk banggakan mereka berdua. Untuk stay dekan dengan hanya makan 1 hari sekali. Duit elaun kadang tidak cukup/tidak masuk. Maggi sampai kerat dua.

Semester 1. Aku dapat banggakan ibu bapa walaupun kepala aku masih serabut masa tu.
Semester 2? Usah kata. Gagal.

Gagal dalam percintaan. Gagal dalam mengekalkan hubungan yang sedia ada. Kecewa aku dapat, gagal juga untuk seterusnya.

Gagal.. Gagal.. Dan terus gagal..
SPA gagal. Masuk UTP gagal (bercita-cita untuk jadi Petroleum Engineer), IPG gagal (duit banyak habis; cuba untuk tabahkan hati), biasiswa MyBrain gagal.

Penat sebenarnya hadap kehidupan ni! Penat!
Tapi aku kian lupa dengan nikmat pemberian-Nya.
Ramai lagi orang lagi susah dari kita.
Ramai lagi orang masih berkira tentang makanan untuk lanjutkan hidup.

Ramai lagi yang tidur beralaskan lantai di luar sana.
Dibandingkan kita yang beralaskan tilam, bantal dan diselesakan dengan selimut.
Ramai.. Ramai..

Apa aku sudah lupa dengan nikmat yang pernah aku dulu?
Ya.
Lupa.

Lupa.
Sampai berprasangka buruk dengan Tuhan.
Salahkan takdir Allah.
Padahal aku baru diuji sikit.

Dan..
Tidak sangka.
Perancangan-Nya begitu terbaik.

Walaupun dalam kos pendidikan. Aku teruskan. Maklumlah. Kuat kutuk cikgu dulu.
Kenalah dengan apa yang aku dapat.

Hari ini. Nilai makanan sedap tiada apa-apa sebenarnya.
Nikmatnya tetap sama. Mengenyangkan.

Tiada beza makan nasi, maggi, telur.
Ikat perut itu biasalah.

Cuma..
Pesan aku.
Nikmat yang ada pada kita sekarang, cubalah kita berikan manfaat kepada orang lain.

Yang masih bertarung. Aku doakan. Masing-masing kita mendoakan. Yalah. Cari kerja pun susah sekarang. Gaji pun kadang cukup tak cukup juga.

Pa-pa pun. Please.. Stay strong okay? :)
Kau boleh.. Insya-Allah.
Ingat.. Perancangan Allah itu indah.

Cuma perlu bersabar.
.
.
.
Dulu.. Pahitnya sudahku telan, yang masih tersisa kini. Biarku simpan.
Alhamdulillah.

Yang ikhlas berkongsi,
Aidil :)

Rujukan:

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...