Skip to main content

Q&A ; Soal dan Jawab

12:55 a.m. ; 21/4/2020

Bismillah. Assalamualaikum. Hi 😅.

Jadi, bertemu kembali dalam blog. Seperti yang sudah dikemukakan dulu.
Aku ada buat Q&A dalam Instagram. Dan juga menggunakan laman web Kubool dan letak pada Twitter dan juga WhatsApp story. So, basically. Soalan yang ada pada Kubool anonymously la. Atau bahasa mudahnya, 'tanpa nama', secret, rahsia. Ya tidak?


Dengan ini, saya ambil soalan tersebut. Dan tulis la. Orang tua-tua kata; menjawab soalan berikut.
Dah.. Serupa cikgu bahasa Melayu dah... Haha.

Ada soalan mengarut. Itu biasa la. Lagi-lagi kawan-kawan rapat aku tu. Ngeh.. Segala entah pa-pa ditanya. Tapi tidak apa. Aku akan jawab 😒.

Sikit saja pun. Bukan banyak. Bukan aku tweetfamous tok macam dulu. Ceh.. 
Tiada la. Itu main-main saja. 

Jom kita mulakan soalan-soalan tersebut.


Dasar cicak. Dasar ikan. Itu jawapan untuk kamu berdua. Aish... Ini kawan saya ni tanya. Macam biasa la. Aku ni dulu kena ejek kuda. Memang segala rumput, padang, berlari, ketawa kuda dah sinonim dengan aku. Dari tingkatan 1 kena. 

Aku pun tidak tahu macam mana mulanya. Yang aku tahu, permulaan ejeken ini bermula daripada si Dorae. Merangkap ketua jahat dan classmate masa form 1 ditambah lagi, kawan satu daerah. Paling jajal, paling pintar dan paling-paling segala-galanya la...

Dia dapat gelaran kucing tu pun sebab.. Doraemon? Ya kah? Kepala dia botak la yang penting masa tu.

Dipendekkan cerita, aku ringkaskan lalu padatkan. Semua kami ada gelaran haiwan masing-masing. Sampai cikgu Rock (bukan nama sebenar) pun ada join sekali mengolok aku dalam bengkel Reka Cipta. Ini.. Dorang-dorang si Croco la ni punya kerja. Haha.

Okay.. Sudah.


Budak-budak ni.. Ai.. Backhand sat lagi. Hehe. Tiada la. Aku ni bukan jenis pukul budak.

Jadi? Kenapa cikgu Mira? 

Jawapannya senang. Dalam rule blog aku.

Aku tidak akan guna nama sebenar seseorang itu. First, pasal mahu menjaga identiti la. Supaya tidak dikenal. Siapa terasa. Haa.. Dia la tu. Kalau korang follow-up cerita-cerita aku dalam blog ni.

Mana ada aku guna nama sebenar. Sebelum memulakan penulisan kadang, aku akan bagitahu la. 
'Semua watak yang ditulis bukanlah menggunakan nama sebenar'.

Kan.. Cikgu Stark, cikgu Azmir, cikgu Kuaci, cikgu Puding, Dorae, Jumbo, Keling Panjang, Jiboh, PATI, Jeast, Chikaro, Mazlinah. Dan dan dannnn seterusnya.

Kesimpulannya, jangan la menggunakan nama sebenar. Hehe.
Kalau kenal. Diam-diam saja la. Jangan bising. *bukan marah*


"1 + 1"

Soalan kamu ni. Aii.. Kalau saya tampar ni. Bisu kamu ni.

Tidak la. Gurau saja. Main-main. Hehe.

Hmm.. 1 tambah 1. Jawapannya 2 la. Itu asas matematik biasa.
Macam mana dengan pendapat orang lain? Kalau dia jawab 3. 

? ? ? ?

Kita betulkan sajalah. Kenapa aku cakap macma tu?

Sebab. Bahasa mudahnya. Setiap persoalan itu, ada jawapannya yang betul.
Okay...
Tapi jangan kerana satu kesilapan. Terus kita tidak pandang pada jawapan dia yang betul tadi.

Ai... Banyak metafora aku ni.

Sama juga la dengan nombor 6 dan juga 9.
Bila ia dipandang. Pada sudut lain, ia membawa jawapan yang berbeza.

Okay. Next.


Bergaduh dengan kakak? Apa kena mengena la dengan soalan -.- . Hmm..

Tiada la. Biasa la. Adik-beradik. Mesti akan bergaduh. Kadang beli Kinder Bueno, letak dalam peti sejuk. Esok, hilang. Haaa.. Kerja siapa? Adik-beradik la. Kalau parents. Jarang la.
Tapi adik tu selalu.

Jadi, setiap pergaduhan ada jalan penyelesaian. Slow talk kah. Pujuk-pujuk kah. Manja-manja.
Kalau sampai humban barang. Pecah apa segala. Haa. Panggil parents tu. Kalau bab perebutan harta, geran tanah, wasiat dari arwah. Haa.. Ini pun satu hal juga. Kita sebagai manusia. Munasabah diri la.

Dunia ni. Bukan kekal pun. Tepuk dada, tanya iman. No brain la you fight-fight for the useless category. You know? What you get? You don't get any bro.

Tengok.

Keluar speaking aku.

"Tips kurus"

Aduh. Bukan bidang aku. Aku kurus pun sebab isap gam saja la.

Okey..
Gurau sekali lagi.

Metabolisme aku tinggi. Makan 5 pinggan nasi pun. Belum tentu gemuk.
Tapi aku pernah kasi gempal badan aku dulu. Dalam 2 minggu gitu la.
Orang cakap. Lepas makan, tidur.

Jadi, aku buat la. Dalam 2 3 minggu macam tu. Ada juga menegur, mak cik aku.
"Aik napa macam berisi kau ni?"

Jadi, pernah la kan. Untuk kurus? I don't know la.
Amalkan gaya hidup sihat. Selalu-selalu la berjoging kah, makan makanan yang sihat-sihat, diet, tanya pakar, follow-up thread-thread dalam Twitter yang selalu dorang buat tu kan.
Ada bagusnya juga tu. Jangan la sampai tidak makan nasi 1 2 bulan begitu. Itu...
Faham-faham la sendiri.



Monyet. Itu jawapan untuk kau. Etus! Etus!
Tidak bhe.. Gurau. Gurau. Okey? Jangan ambil hati. Huhu.

Kontrak potong rumput? Tiada. Aku dapat kontrak memaitung simen saja ni di pekan tempat saya tinggal ni. Disuruhnya bawa kawan-kawan mu dari Sepilok tu. Haha.

Tiada bah Nyet. Kau ni. Masa PKP ni gunalah sebaik-baiknya untuk improve-kan diri anda. Ceh... Acah.

Banyak ikan? Aii.. Kau ni haa. Isap batu ka?
Kalau ada kolam dalam rumah ni, memancing juga aku. Ini... Hmm.. Tasik pun. Biawak saja ada.
Alhamdulillah. Ada juga la ikan kena bagi oleh jiran. Kami goreng saja tu.


Okey. Harap kau okey saja di sana. Jangan terlepas dari Sepilok.

Next!


Okey... Hmm.. Soalan yang bagus. Hmmm ðŸ¤”... 

Sebenarnya blog ini bermula masa aku ada masalah. Masa tu, dalam keadaan aku kucar-kacir sikit la. Ada masalah duit, ada masalah keluarga, ada masalah bercinta. Jadi, aku macam tiada tempat untuk express-kan feeling-feeling ni. Ceh...  Bukannya aku mahu kata aku tiada tempat untuk bersujud.

Bukannya aku mahu cakap aku tiada kawan rapat untuk berkongsi cerita. Cuma aku rasa platform ini baik untuk aku refleksi diri aku sendiri. Like.. Aku berkongsi, then aku ambil ibrah setiap apa yang berlaku. Maka dengan itu, pembaca pun akan.

"Oh.. Ye tak ye jugakan.. Hmm.."

Boleh dikatakan setiap yang tertulis tu. Ada benda yang serabut. Ada benda yang tidak konsisten dalam kehidupan ini. Ada benda yang tidak semuanya kita dapat. Kehidupan ada turun naik.

Jadi, macam mana aku masa tu. Mahu tahu kehidupan ni sentiasa positif. Sentiasa ada hikmah. Setiap manusia itu ada ujian yang berbeza. Maka dengan menulis la. 

Aku rasa. Macam wow ðŸ˜¦. Hehe.

Okay! Next!


Buat bodoh je la. Hehe.
Tiada la. Macam ni saja la. Makan, tidur, minum, solat, kena ceramah oleh housemate, main game KOF, Plato, itu, ini. Weh.. Entahlah. Sepanjang PKP ni, benda tu macam berulang la.

Ada juga la. Tengok lifehacks. Something dekat YouTube channel yang bermanfaat. Gitu-gitu sajalah. Ya, kita tahukan sepanjang PKP ni bagaimana.

But one for sure. Not install Tiktok ðŸ˜ˆ. Wuahahahaha *ketawa jahat*
Tiada masalah pun install TikTok. Aku saja temberang. Acah cool. Acah matang.

Kalau lain hari, tiba-tiba install. Haa. Faham-faham saja la. Haha. Okay?


Haha. Pendidikan. Entah la macam mana boleh dapat. Dulu sebenarnya mahu jadi Petroleum Engineer. Tahu la, kerja offshore, duit banyak. Cewek keliling pinggang. Fuh..

Tapi bila dah meningkat dewasa. Baru faham. Banyak benda lagi kena pelajari dan banyak benda lagi kita kena tempuhi. Pendapat keluarga, yuran pembelajaran, tiket, sewa, semua tu la. So, dah dapat rezeki di sini maka di sini la gue ðŸ˜­. Huhu.



Bahaya soalan ni. Yang tahu tu. Tahu la. Haha. Bukan tidak mahu jawab. Just.. Hmm.. Malas mahu jawab. Senang cerita. Universiti pendidikan. Hehe. Abang/kakak tahu juga tu di mana ðŸ˜…. Hehe.

Ai... Lapar..

Okey... Last!! Last!!


Uish.. Hahahahaha. Assalamulaikum.

.
.
.

Jadi, setakat itu sajalah perkongsian dalam blog pada hari ini. Ada yang jernih kita ambil, yang keruh buang jauh. Gurauan-gurauan tu biasa la. Tahu la aku ni macam kan. 
Gila-gila sikit.

ARGHH!! MENGANTUK!! Bye. Assalamualaikum w.b.t.

Yang menjawab,
Dil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...