12:55 a.m. ; 21/4/2020
Bismillah. Assalamualaikum. Hi 😅.
Jadi, bertemu kembali dalam blog. Seperti yang sudah dikemukakan dulu.
Aku ada buat Q&A dalam Instagram. Dan juga menggunakan laman web Kubool dan letak pada Twitter dan juga WhatsApp story. So, basically. Soalan yang ada pada Kubool anonymously la. Atau bahasa mudahnya, 'tanpa nama', secret, rahsia. Ya tidak?
Bismillah. Assalamualaikum. Hi 😅.
Jadi, bertemu kembali dalam blog. Seperti yang sudah dikemukakan dulu.
Aku ada buat Q&A dalam Instagram. Dan juga menggunakan laman web Kubool dan letak pada Twitter dan juga WhatsApp story. So, basically. Soalan yang ada pada Kubool anonymously la. Atau bahasa mudahnya, 'tanpa nama', secret, rahsia. Ya tidak?
Dengan ini, saya ambil soalan tersebut. Dan tulis la. Orang tua-tua kata; menjawab soalan berikut.
Dah.. Serupa cikgu bahasa Melayu dah... Haha.
Ada soalan mengarut. Itu biasa la. Lagi-lagi kawan-kawan rapat aku tu. Ngeh.. Segala entah pa-pa ditanya. Tapi tidak apa. Aku akan jawab 😒.
Sikit saja pun. Bukan banyak. Bukan aku tweetfamous tok macam dulu. Ceh..
Tiada la. Itu main-main saja.
Jom kita mulakan soalan-soalan tersebut.
Dasar cicak. Dasar ikan. Itu jawapan untuk kamu berdua. Aish... Ini kawan saya ni tanya. Macam biasa la. Aku ni dulu kena ejek kuda. Memang segala rumput, padang, berlari, ketawa kuda dah sinonim dengan aku. Dari tingkatan 1 kena.
Aku pun tidak tahu macam mana mulanya. Yang aku tahu, permulaan ejeken ini bermula daripada si Dorae. Merangkap ketua jahat dan classmate masa form 1 ditambah lagi, kawan satu daerah. Paling jajal, paling pintar dan paling-paling segala-galanya la...
Dia dapat gelaran kucing tu pun sebab.. Doraemon? Ya kah? Kepala dia botak la yang penting masa tu.
Dipendekkan cerita, aku ringkaskan lalu padatkan. Semua kami ada gelaran haiwan masing-masing. Sampai cikgu Rock (bukan nama sebenar) pun ada join sekali mengolok aku dalam bengkel Reka Cipta. Ini.. Dorang-dorang si Croco la ni punya kerja. Haha.
Okay.. Sudah.
Budak-budak ni.. Ai.. Backhand sat lagi. Hehe. Tiada la. Aku ni bukan jenis pukul budak.
Jadi? Kenapa cikgu Mira?
Jawapannya senang. Dalam rule blog aku.
Aku tidak akan guna nama sebenar seseorang itu. First, pasal mahu menjaga identiti la. Supaya tidak dikenal. Siapa terasa. Haa.. Dia la tu. Kalau korang follow-up cerita-cerita aku dalam blog ni.
Mana ada aku guna nama sebenar. Sebelum memulakan penulisan kadang, aku akan bagitahu la.
'Semua watak yang ditulis bukanlah menggunakan nama sebenar'.
Kan.. Cikgu Stark, cikgu Azmir, cikgu Kuaci, cikgu Puding, Dorae, Jumbo, Keling Panjang, Jiboh, PATI, Jeast, Chikaro, Mazlinah. Dan dan dannnn seterusnya.
Kesimpulannya, jangan la menggunakan nama sebenar. Hehe.
Kalau kenal. Diam-diam saja la. Jangan bising. *bukan marah*
"1 + 1"
Soalan kamu ni. Aii.. Kalau saya tampar ni. Bisu kamu ni.
Tidak la. Gurau saja. Main-main. Hehe.
Hmm.. 1 tambah 1. Jawapannya 2 la. Itu asas matematik biasa.
Macam mana dengan pendapat orang lain? Kalau dia jawab 3.
? ? ? ?
Kita betulkan sajalah. Kenapa aku cakap macma tu?
Sebab. Bahasa mudahnya. Setiap persoalan itu, ada jawapannya yang betul.
Okay...
Tapi jangan kerana satu kesilapan. Terus kita tidak pandang pada jawapan dia yang betul tadi.
Ai... Banyak metafora aku ni.
Sama juga la dengan nombor 6 dan juga 9.
Bila ia dipandang. Pada sudut lain, ia membawa jawapan yang berbeza.
Okay. Next.
Bergaduh dengan kakak? Apa kena mengena la dengan soalan -.- . Hmm..
Tiada la. Biasa la. Adik-beradik. Mesti akan bergaduh. Kadang beli Kinder Bueno, letak dalam peti sejuk. Esok, hilang. Haaa.. Kerja siapa? Adik-beradik la. Kalau parents. Jarang la.
Tapi adik tu selalu.
Jadi, setiap pergaduhan ada jalan penyelesaian. Slow talk kah. Pujuk-pujuk kah. Manja-manja.
Kalau sampai humban barang. Pecah apa segala. Haa. Panggil parents tu. Kalau bab perebutan harta, geran tanah, wasiat dari arwah. Haa.. Ini pun satu hal juga. Kita sebagai manusia. Munasabah diri la.
Dunia ni. Bukan kekal pun. Tepuk dada, tanya iman. No brain la you fight-fight for the useless category. You know? What you get? You don't get any bro.
Tengok.
Keluar speaking aku.
"Tips kurus"
Aduh. Bukan bidang aku. Aku kurus pun sebab isap gam saja la.
Okey..
Gurau sekali lagi.
Metabolisme aku tinggi. Makan 5 pinggan nasi pun. Belum tentu gemuk.
Tapi aku pernah kasi gempal badan aku dulu. Dalam 2 minggu gitu la.
Orang cakap. Lepas makan, tidur.
Jadi, aku buat la. Dalam 2 3 minggu macam tu. Ada juga menegur, mak cik aku.
"Aik napa macam berisi kau ni?"
Jadi, pernah la kan. Untuk kurus? I don't know la.
Amalkan gaya hidup sihat. Selalu-selalu la berjoging kah, makan makanan yang sihat-sihat, diet, tanya pakar, follow-up thread-thread dalam Twitter yang selalu dorang buat tu kan.
Ada bagusnya juga tu. Jangan la sampai tidak makan nasi 1 2 bulan begitu. Itu...
Faham-faham la sendiri.
Monyet. Itu jawapan untuk kau. Etus! Etus!
Tidak bhe.. Gurau. Gurau. Okey? Jangan ambil hati. Huhu.
Kontrak potong rumput? Tiada. Aku dapat kontrak memaitung simen saja ni di pekan tempat saya tinggal ni. Disuruhnya bawa kawan-kawan mu dari Sepilok tu. Haha.
Tiada bah Nyet. Kau ni. Masa PKP ni gunalah sebaik-baiknya untuk improve-kan diri anda. Ceh... Acah.
Banyak ikan? Aii.. Kau ni haa. Isap batu ka?
Kalau ada kolam dalam rumah ni, memancing juga aku. Ini... Hmm.. Tasik pun. Biawak saja ada.
Alhamdulillah. Ada juga la ikan kena bagi oleh jiran. Kami goreng saja tu.
Okey. Harap kau okey saja di sana. Jangan terlepas dari Sepilok.
Next!
Okey... Hmm.. Soalan yang bagus. Hmmm 🤔...
Sebenarnya blog ini bermula masa aku ada masalah. Masa tu, dalam keadaan aku kucar-kacir sikit la. Ada masalah duit, ada masalah keluarga, ada masalah bercinta. Jadi, aku macam tiada tempat untuk express-kan feeling-feeling ni. Ceh... Bukannya aku mahu kata aku tiada tempat untuk bersujud.
Bukannya aku mahu cakap aku tiada kawan rapat untuk berkongsi cerita. Cuma aku rasa platform ini baik untuk aku refleksi diri aku sendiri. Like.. Aku berkongsi, then aku ambil ibrah setiap apa yang berlaku. Maka dengan itu, pembaca pun akan.
"Oh.. Ye tak ye jugakan.. Hmm.."
Boleh dikatakan setiap yang tertulis tu. Ada benda yang serabut. Ada benda yang tidak konsisten dalam kehidupan ini. Ada benda yang tidak semuanya kita dapat. Kehidupan ada turun naik.
Jadi, macam mana aku masa tu. Mahu tahu kehidupan ni sentiasa positif. Sentiasa ada hikmah. Setiap manusia itu ada ujian yang berbeza. Maka dengan menulis la.
Aku rasa. Macam wow 😦. Hehe.
Okay! Next!
Buat bodoh je la. Hehe.
Tiada la. Macam ni saja la. Makan, tidur, minum, solat, kena ceramah oleh housemate, main game KOF, Plato, itu, ini. Weh.. Entahlah. Sepanjang PKP ni, benda tu macam berulang la.
Ada juga la. Tengok lifehacks. Something dekat YouTube channel yang bermanfaat. Gitu-gitu sajalah. Ya, kita tahukan sepanjang PKP ni bagaimana.
But one for sure. Not install Tiktok 😈. Wuahahahaha *ketawa jahat*
Tiada masalah pun install TikTok. Aku saja temberang. Acah cool. Acah matang.
Kalau lain hari, tiba-tiba install. Haa. Faham-faham saja la. Haha. Okay?
Haha. Pendidikan. Entah la macam mana boleh dapat. Dulu sebenarnya mahu jadi Petroleum Engineer. Tahu la, kerja offshore, duit banyak. Cewek keliling pinggang. Fuh..
Tapi bila dah meningkat dewasa. Baru faham. Banyak benda lagi kena pelajari dan banyak benda lagi kita kena tempuhi. Pendapat keluarga, yuran pembelajaran, tiket, sewa, semua tu la. So, dah dapat rezeki di sini maka di sini la gue ðŸ˜. Huhu.
Bahaya soalan ni. Yang tahu tu. Tahu la. Haha. Bukan tidak mahu jawab. Just.. Hmm.. Malas mahu jawab. Senang cerita. Universiti pendidikan. Hehe. Abang/kakak tahu juga tu di mana 😅. Hehe.
Ai... Lapar..
Okey... Last!! Last!!
Uish.. Hahahahaha. Assalamulaikum.
.
.
.
Jadi, setakat itu sajalah perkongsian dalam blog pada hari ini. Ada yang jernih kita ambil, yang keruh buang jauh. Gurauan-gurauan tu biasa la. Tahu la aku ni macam kan.
Gila-gila sikit.
ARGHH!! MENGANTUK!! Bye. Assalamualaikum w.b.t.
Yang menjawab,
Dil
Comments