Louis Tomlinson - Back to You ft. Bebe Rexha // 12/12/2021; 12:07 a.m. // Bilik sendiri; Sandakan
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ai.. Sebelum aku tengok game Manchester United lepas ni.
Aku rasa nak menulis sikit. Lagipun lama sudah aku tak update blog aku kan?
Ingatkan nak post pasal 2021. Tapi itu benda upload 31 Disember nanti.
...
Sebabkan persoalan ini sentiasa bermain di fikiran aku selama 3, 4 hari ni.
Aku nak lepaskan semuanya di sini. Dan aku juga mahu jawapan dari pihak yang ingin memberi pendapat.
Jadi 3, 4 hari ni. Ada la masalah berlaku yang aku tidak mahu la cerita sangat.
Tapi entri kali ini membuatkan aku rasa tertarik.
Sebab
"Engkau terlalu baik."
Satu slogan. Satu alasan yang mana-mana pihak kemukakan agar seseorang itu dapat pasangan yang sesuai atau sekufu dengannya.
Aku terfikir jugalah. Kenapa haa?
Kenapa? Dan kenapa?
Apabila seseorang ini baik? Adakah ianya satu kekurangan? Atau sebuah alasan?
Atau ianya satu tiket agar diri kita / mereka menjumpai seseorang yang tidak baik.
Ataupun sebenarnya ada seseorang yang dia ingin cari / sedang ditunggu.
"You baik. You pandai. Sedangkan I.. Entahlah. I takut you tak boleh handle dengan perangai I."
Okay... Jadi? Kalau seseorang itu sudah menerima anda. Baik, buruk, teruk dan sewaktu dengannya.
Dan juga kisah-kisah silam yang sepatutnya tidak perlu pun kita tengok balik.
Adakah perlu lagi pernyataan seperti berikut?
Aku sebenarnyakan. Bukan 2, 3 kali tau. Nampak pattern ni. Banyak dah.
Lepas tu terjumpalah mereka yang teruk perangai. Jenis kaki pukul, kaki isap gam, etc.
Tiba-tiba pula kita menyesal sebab meninggalkan yang 'baik' tadi.
Haa.. Kenapa tu?
Jikalau kita rasa diri kita tidak baik untuk orang tersebut. Kenapa kita tidak berusaha menjadi baik itu?
Memang... Kadang wavelength tidak sama.
Taraf pendidikan, pendapat ibu bapa, future yang tidak jelas, takut dengan halangan yang menanti.
Tapi bukankah perkara tersebut boleh diusahakan bersama-sama?
Contoh. 1 situasi.
Dia hebat dari segi inteleknya. Pandai berbicara. Pandai berkomunikasi. Seorang yang gentle.
Sedangkan pasangannya banyak kekurangannya. Tapi si lelaki / perempuan tetap menerimanya.
Dalam hubungan.
Konfem.. Konfem.. Memang gerenti la. Memang ada halangannya.
Rindu.. Jauh.. Long distance. Perkara tu ndak lari.
Sedangkan pasangan yang masih membina mahligai pun. Masih ada konflik, pergaduhan.
Tapi benda itu dapat diselesaikan juga.
Komunikasi.
Tapikan kenapa kita perlu rasa insecure dengan yang baik tadi?
Rasa tidak sekufu? Rasa tidak layak? Rasa bukan untuk dia?
Rasa yang dia tu sepatutnya jumpa yang lebih baik dari anda? Rasa tidak sama wavelength?
Jadikan persoalan-persoalan ni bermain di fikiran.
Kita ni. Bukan ngam / sekufu sebab kita sama taraf.
Tapi disebabkan cinta.
Cinta untuk diperjuangkan.
Aku sebenarnya tidak faham tau. Jujur cakap.
Aku tidak kisah masa silam. Teruk perangai seseorang itu.
Walau orang tanya; "Kau prefer perempuan yang bagaimana?",
Aku akan jawab; "Entah."
Ia... Sebuah yang perasaan yang hadir tanpa diduga.
Terukkah? Berusaha lah bah kan.
Sama-sama. Jadi ndak teruk.
Agama? Munakahat? Tauhid? Fiqh? Tasawuf? Tajwid? Dan sewaktu dengannya.
Apa?
Sama-sama memperbaiki diri la untuk belajar benda-benda tu.
Betul tidak?
Jadikan ustaz Adam (kalau ustaz baca ni). Macam mana tu haa?
Qada dan qadar. Mati dan jodoh. Syurga dan neraka.
Jadi ustaz... Ai.. Adam sajalah bah kan aku panggil.
Kau pun ndak suka kena panggil ustaz. Haha.
Konsep usaha tu pula bagaimana? Kita pun sama-sama mengaji kan Dam.
Seseorang ini sudah ditetapkan syurga atau neraka.
Kalau macam tu. Bagus ndak payah beramal. Sebab tahu sudah syurga / neraka bagi hamba tersebut.
Tapi bila ingatkan balik apa yang kita belajar dulu.
Sebab tu kita kena berbalik kepada konsep usaha tersebut.
Tolong Dam. Kalau aku sampai Tg. Malim. Terangkan balik benda ni pada aku.
Jujur cakap. Aku sampai salahkan takdir Tuhan.
Tapi aku ndaklah.. sampai mahu jatuh kufur.
نعوذ بالله من ذلك
Alhamdulillah. Tiada lagi.
Gila apa jugakan salahkan takdir sampai jatuh kufur.
Cuma aku masih tertanya-tanya. Itu saja.
Kalau kau boleh terangkan aku tentang fahaman Wahabi, Khawarij, Asy'ari, dan beberapa iktikad yang kita bincangkan dulu.
Rasanya boleh kau terangkan balik konsep usaha ni bagaimana.
Jujur cakap. Aku blur dan blank sebenarnya.
Baik, salah. Jadi yang terbaik, salah. Jadi pandai, salah.
Entahlah. Aku tak faham.
Tidak perlu rasa rendah terhadap diri ini. Tidak perlu rasa tidak layak untuk diri ini.
Benda tu semua. Tidak perlu difikir pun :).
Tapi kalau rasa itu yang terbaik. Aku rasa benda ni memang ndak baik pun.
Buat aku sakit hati saja.
Kah sebab kawan-kawan tu?
"Si Aidil terlampau baik. Nanti sakit dia sama kau. Ndak dapat handle perangaimu."
Oi. Cuba tegur kawan-kawanmu tu. Deme tu siapa mahu atur-atur hidup orang.
Fikir-fikirlah. Istikharah la.
Sorry. Emosi. Tch.. Sakit gila.
Kalau aku kaki pukul perempuan. Ndak jaga pasangan. Ndak kisahlah aku.
Ini... Ai..
Allah.. Entahlah.
Yang ikhlas,
Aidil
Comments
- Entahlah anon. Bukan curang pun :).
"nda pa dil, jangan ja isap batu. merumput ja bole"
- Haha.
- pakq