Skip to main content

Teruknya 2020

 Niqie - Kena Game (np) ; 31/12/2020 || 12.38 a.m. ; Bilik sendiri


Bismillah. Assalamualaikum w.b..t dan hi semua. Fuh... Boleh tahanlah lama juga tidak buka blog untuk menulis.


Seperti biasa menjadi acara tradisi aku untuk menyimpulkan tahun-tahun yang aku hadapi. Aku tetap kena konsisten. Al maklumlah, dah start tulis pengalaman 2018, 2019. 2020 pun kena juga cerita.


Setelah kamu membaca tajuk. Ya, benar. Ini merupakan tahun yang teruk bagi aku, mungkin juga bagi kamu. Dalam sekelip mata saja, pandemik yang diturunkan ini memberi ujian kepada kita. Ada yang dibuang kerja, ada yang sekadar mahu makan, ada ditimpa musibah yang tidak diduga, kelas online dan sebagainya.


Terpaksalah kita menghadapinya dengan norma baharu. Penjarakan fizikal, face mask, hand sanitizer etc. Bulan 1, okay. Tiada halangan. Hidup masih dalam normal, cuma sudah ada ura-ura bahawa penyakit virus ini sudah merebak ke negara-negara lain dari bulan 11 / 12. Entahlah betulkah tidak, kita perhati lagi.


Bulan 2 masih normal. Enjoy pergi kelas, makan di kafe, solat di masjid. Tapi kes by kes, day by day, kita nampak sudah yang KKM dah bagi signal-signal masa press conference. Tup tap tup tap.. Huru-hara sini sana, pertengahan bulan 3. 18 hari bulan Mac. Lockdown.


Bukan negara kita saja, negara lain pun ikut serta. Lockdown, tutup sempadan, kawalan pergerakan dan sebagainya.

Aviation mati terus, negara lain tidak diterima pengunjung, setelah diumumkan malam tu. Maka berdesas-desuslah terminal bas, airport dipenuhi orang untuk balik ke halaman masing-masing. Yalah. Kena duduk rumah 2 minggu.

Kita okay lagi. Sedar ndak sedar.. Aku pun tidak ingat berapa hari PKP tu. Mahu dekat 2-3 bulan jugalah baru PKPP.


Masa mula-mula PKP, kita masih diambang gembira. Dengan group masak tidak jadi, kerana telatah si suami / si bujang yang memasak di rumah. Coffee dalgona yang entah apa-apa. Money Heist kat Netflix yang hype gila-gila masa tu. Tapi bila lihat perspektif lain, Allah... Rupanya ramai yang merasa perit juga. Yang kena buang kerja, yang ingin mencari makan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Bila pandang balik masa tu, kira bersyukurlah aku ni masih ada rezeki untuk terus hidup. Alangkah indah kalau rezeki ini dapat dikongsi-kongsi, mungkin tidak juga kita susah. Tapi begitulah kadang hidup, masih ada perit. Akhiratlah pengakhirannya.


Pada 17 Mac, aku ingat lagi. Birthday aku, seperti biasa disebabkan tidak dapat turun KL dan mana-mana tempat. Lagi dihebohkan dengan virus Covid-19 ini, memang tidaklah aku pergi ke mana-mana. Aku just menyambutnya berseorangan sambil menengok bintang di padang Tasik Proton City dan ditemani kek Secret Recipe dan nasi goreng yang dibeli sendiri.


Aku sentiasa bertanya tentang diri aku masa tu. Yalah.. Mengelamun.. Biasalahkan kalau manusia. Bukan juga tidak mahu sambut birthday dengan housemate yang lain. Cuma kadang aku lebih suka bersendiri. Siapa juga mahu ikut aku masa tu? Masing-masing pun busy dengan hal sendiri.




Bukannya aku tidak biasakan. Haha.. Housemate yang lain masa tu dah tempah bas untuk balik kampung halaman. Manakala yang budak Borneo dan budak yang ingin stay, stay-lah di rumah tu.

Masing-masing duduk depan TV untuk dengar pengumuman daripada YAB Perdana Menteri kita. 

Apa keadaan dia? Apa arahan dia? Apa lagi hal-hal yang diberitahu kelak.

Ada duit BPN. Ada juga bantuan on-off kepada pelajar IPTA dan hal-hal lain lagi.


Bila dah stay rumah masa tu, barulah aku kenal perangai sorang-sorang housemate aku ni macam mana.

Yang kau nampak kuat pergi masjid pun, rupanya bila stay rumah. Pandai datang gila dia yang tersendiri. 

Dia macam mana haa.. Dia macam.. Bila kau dah 2 3 minggu stay sama-sama. Kau akan faham perangai dorang di rumah juga macam tu.


Yalah.. Masing-masing dalam kalangan  housemate ni ada komitmen lain-lain. Ada yang EXCO, ada yang YDP, ada yang NYDP, ada yang aktif dalam sesuatu persatuan. Jadinya untuk nampak mereka di dalam rumah ni, hanya pada waktu malam. Dan juga pada waktu study week.


Jadi masa bila PKP tu. Memang hanat perangai dorang satu-satu. Haha. Kecuali si Munafik la. Bayangkan yang lain tidur jam 4-5 pagi lepastu tu bangun jam 12-1 tengah hari. Mana tak penat si Munafik nak bangunkan kitaorang. 

Macam-macam.. Tapi slow-slow juga nasihat yang dia berikan agar kami sentiasa dapat juga bangun Subuh berjemaah. Syukurlah.

Sepanjang kami berada di dalam rumah tu. Memang penuhlah nasihat-nasihat sentap yang dia bagi. Sentap bukanlah jenis yang menyakitkan. Kami pun dah tahu perangai dia dari semester 1, memang cara dia bercakap dan nasihat sebegitu. Jadi kami dah biasa.


Tapi bila orang pertama kali kena dia. Memang pun tidak tahanlah pedih-pedih kata-kata dia tu.

Baguslah.. Dalam dia berkata-kata sebegitu. Nasihatnya sampai. Terima kasih.


Bulan 1, settle. Bulan 2, settle. Bulan 3, settle.


Beralih di fasa-fasa bulan Ramadhan.

Bila sampai bulan Ramadan. Memang agak menyedihkan. Tiada lagi vibe-vibe iftar di masjid. Tiada lagi vibe-vibe pergi bazar. Tadarus al-Quran beramai-ramai di masjid. Tiada.

Serius aku sedih. Sebabnya baru tahun ni kami yang tinggal di Taman Bernam, boleh iftar jamaie sama-sama di surau Tmn. Bernam. Tapi apakan daya. PKP.

Aku mahu betul merasa vibe-vibe bila bergaul dengan komuniti-komuniti di sini. Al maklumlah, dulu tinggal di dalam. Yang kami merasa pun iftar jamaie di masjid. First come, first serve. Lambat.. Haa. Pandai-pandailah kome. Tapi Insya-Allah dapat makan juga.


Bila kami tinggal di luar ni kan.. Ada pros dan cons. Keburukan tulah, masalah transport mahu pergi kelas. Masalah housemate kadang. Meja study kena beli sendiri. Housemate bising kena study di tempat lain.

Dan kebaikannya pula, kau dah tidak terikat dengan mana-mana masalah kolej. Kalau ada transport sendiri, berjalanlah di tempat yang kamu tinggal tu. Terokai. Aku siap sampai di Sungkai lagi. Bayngkan kalau aku tinggal dalam, memang tidaklah aku terokai bumi Perak dan Tanjung Malim ni.


Jadi, bila dah tinggal luar. Setiap kali kami pergi surau Taman Bernam pada malam Jumaat. Kitaorang macam biasalah. Solat berjemaah dan baca bacaan Yassin. Yang selalu dipimpin oleh ustaz Anas. Beliau ni terkenal juga di Tanjung Malim. Lagi-lagi kuliah dengan kitab Tasawuf.

Apabila selesai membaca Yassin dan solat isyak berjemaah. Haa. Di sini pihak surau menyediakan makanan. Hehe. Jadinya, kami yang student ni.. Nah. Memang tidak larilah. Rezekikan.

Sampai si tarbiah sentap tu tegur housemate-housemate.. "Oh... Subuh berjemaah tak datang.. Kalau ada makanan. Datang!". Biasalah bah kan student. Kalau malas lagi mahu masak atau keluar makan. Memang di situ jugalah kami target.


Itulah rutin mingguan kami kalau ada orang sedekah makanan. Baik-baik orang jemaah di surau tu walaupun adalah pak cik-pak cik yang kuat sembang kencang. Haha.


Bila Ramadan tahun ni tiba. Sedihlah kan. Baru mahu rasa vibe-vibe iftar di surau tu. Pandemik ni pula ada. Kami boleh bayangkan sudah bagaimana terawih, tadarus, moreh, kuliah-kuliah masa bulan Ramadan tu. Mesti best. Jumpa pak cik-pak cik yang sembang kencang. Merewang sebelum berbuka.

Ada sedekah dari orang lain. Bagi makanan sama kami, lagi-lagi yang student ni. Lecturer yang tinggal di kawasan tu menyapa. Boleh bayangkan... Haa.


Bila PKP Ramadan masa tu, jemaah kami sajalah tidak lari, housemate, kami-kami jugakan. Yang lain aku rasa hancur. Gila main game di siang hari. Gila tengok drama. Itulah sajalah rutin yang kami buat di bulan Ramadan. Bukanlah hari-hari. Tapi kebanyakannya. Si Munafik pun kadang ada konsisten. Haa.. Dialah mufti di rumah kami yang membuat jadual untuk siapa muazin dan imam sepanjang Ramadan,


Kadang dia bawa kami untuk tadarus al-Quran sama-sama. Baca al-Mulk sebelum tidur. Bangunkan kami untuk sahur. Bagus si Munafik ni. Sahabat yang baik.

Ada bulan Ramadan tu juga, hari-hari kami makan nasi goreng. Tapau, bungkus. Bawa rumah.

Weh, sampai tahap housemate aku sorang tu. Bosan bhai.. makan nasi goreng. Hahahah.

Aku okay saja. Tiada masalah. Bukan apa. Kami malas nak masak. Maklumlah mahu beli barang dapur, kena bahagi-bahagikan duit. Mana tidak lecehnya. Menyusahkan. Last-last main beli saja. Kan?


Ada sampai satu tahap. Meroyan bhai dorang semua gara-gara aku dan Roy lambat datang sebelum berbuka. Ini masalah ayam bakar. Lambat masak. Lambatlah siap. Dah azan pun, kami masih belum sampai.

Kesianlah aku tengok dorang masa tu. Sanggup tunggu depan pintu jio macam anak-anak yang sedang menunggu parents-nya balik dari kerja mengharapkan ada la makan-makan sikit untuk dibawa pulang.


Bulan Mei

Hari demi hari pun berlalu. Kerajaan mengambil inisiatif untuk bawa pulang budak-budak IPTA ni untuk pulang ke rumah disebabkan dah lama terperap di rumah sewa / kolej dari bulan 3 dengan SOP yang begitu ketat. Swab, check document itu ini dan sebagainya. 

Housemate pun slow-slow pulang. Yang pertama Roy. Yang kami lain lama-lama menyusul. Dan tinggal kami dua orang budak Borneo. Saya dan Faiz (bukan nama sebenar). Dan di sinilah titik-titik kami berdua sentiasa berganti memasak. Hari ni aku, besoknya dia. Silih berganti.


Banyak resipi kami try belajar. Dekat sini jugalah aku jadi rajin balik untuk memasak. Sebab senang. Tinggal dua orang. Kalau ramai-ramai tinggal. Kadang geram juga. Kadang pinggan tidak basuh. Penat memasak lagi. Lepastu lauk sampai meja, lenyap macam tu saja. Aku tukang masak, makan ala kadar.

Bolehlah kalau kita betul-betul detail-kan pembahagian tu. Tapi last-last. Ai... Bila kau penat pulang dari kelas + kerja part time + meeting persatuan lagi. Kalau fahamlah. Tiada masa. Lagi stress ada.


Jadi di sinilah kami masak-masak. Bosan weh duduk dua orang. Faiz pun dengan halnya sendiri. Aku dengan hal aku sendiri. Masing-masing terperap dalam bilik. Berjumpa pun time solat berjemaah dan terawih.


Satu call sampai ke telefon aku. Tut... Tut... Tut.. Tut..

"Hello, Aidil?"

Blah.. Blah.. Blah.. Blah.. Dipendekkan cerita, aku dapat panggilan sama ada mahu terima untuk balik dengan tanggungan kerajaan (MAS Airlines) atau tidak.

Aku dua hati. 

Sebabnya flight AirAsia aku masa tu, tiba-tiba boleh reschedule balik. Pada tarikh yang sama masa aku beli semester lepas. Yalah.. Takwim dah keluar. Aku belilah awal-awal tiket flight yang balik beraya untuk bulan tu. Banyak cabaran sebenarnya. Memang aku tawakal gila-gila masa ni.

Jenis budak yang ada surat IPTA dan tiket flight sahaja. Surat rentas negerinya tiada. Mana tidak gilanya masa tu. Aku reda ja. Stage 1, lepas kat Tanjung Malim. Stage 2, barai tidak tahu mahu stay mana sebab awal sampai kat KL Sentral. Last-last stay kat rumah mak cik.

Padahal sahabat aku, JeastTheSekujis masa tu dah try DM aku untuk bagitahu dia nak bankin duit untuk stay hotel. Tapi tidak jadi.. Dipendekkan cerita. Beginilah: 




Tup tap tup tap semester baharu pun bermula:

Di sinilah aku tidak boleh go lah sudah. Aku fikir bila aku join satu persatuan ni aku boleh dan santai saja sebab ODL dan program pun online-kan. Rupanya makin teruk.

Stress.. Stress..

Bukan aku mahu cakap aku tidak pandai bahagikan masa atau tidak. 24 jam tu rasa macam tidak cukup.

Aku pun tidak kenapa.

Sebabnya bila di rumah ni, tanggungjawab aku sebagai seorang abang sulung memang besar.

Kejap hantar adik aku, kejap ambil adik aku dari sekolah. Hantar nenek aku pergi klinik, hantar nenek aku pergi tempat orang kahwin. Hantar mama aku pergi kerja, ambil mama aku dari kerja.

Benda ni tidak akan berlaku sekiranya aku berada di Tanjung Malim. Bukan complaint haa. Realiti.

Jadinya banyak benda yang aku terlepas pandang. Dari kerja assingment. Kelas kadang sampai 2-3 jam. Satu hari mungkin ada masa di bilik 6-9 jam. Lepastu kena-kena lagi suruh beli barang, isi air di gelen.

Allah.. Penat.. Memang aku semester ni barai gila. Just in case aku tidak ikut mana-mana persatuan. Aku rasa aku boleh go lagi. Tapi ni.. Yalah menabur janji yang manis sajakan bila interview.

Bila terhantuk kepala sendiri. Barulah disedari.

Aku tidak mahu salahkan siapa-siapa. Salahkan diri sendirilah sebab tidak berfikir panjang. 


Sampai satu tahap di mana aku tefikir untuk beli tiket sendiri balik ke semenanjung. Keluarga ni tidaklah aku belakangkan, syeikh. Alhamdulillah, syukur juga keluarga pun memahami. Kalau aku tidak free, memang tidak kena suruh apa-apa. 

Tapi bila free haa. Korang fikir pergi luar ni. 15-30 minit. Tiada syeikh. Kadang sampai 1 jam. Beli beras, beratur di kaunter lagi. Beli sayur lagi. GG. 

Memang serabutlah aku semester ni. Memang tidak diduga. Aku pun mahu buat apa jugakan. Sudah terlajak. Just go with the flow sajalah.

Jadi aku mahu minta maaf pada mana-mana rakan kalau ada WhatsApp atau info penting yang aku terlepas pandang. Group assignment bhai.. Bertubi-tubi naik WhatsApp.

Bila dah pergi luar tu, balik rumah hadap kelas. Aku terlupa. Inisiatifnya, aku akan check dari atas sampai bawah WhatsApp tu pada waktu malam kalau semua dah okay. Family pun dah tidur. Ada juga masa free aku masa tu. Assignment pun dah settle. Barulah dapat tengok balik.

Sinilah aku mahu pesan.

Kalau rasa tidak dapat pegang tanggungjawab tu. Ndak payahlah join-join itu ini. Buat saja benda yang kau suka. Jangan banding diri tu dengan orang lain. Dari segi rezekikah, dari segi penampilan, pendapatan, kecantikan dan sebagainya. Just be yourself. And.. Sentiasa berusaha dan berdoa.

Tawakal. Jangan pernah putus pengharapan kepada Ilahi. 


Banyak benda dah aku cerita. Kalau follow-up aku di Instagram. Memang kamu akan tahulah flow dia macam mana. Haha.


Harapnya tahun 2021 membuka lembaran baru bagi kita. Jikalau pun ada sesuatu ujian menimpah. Harungilah ia. Insya-Allah, ada hikmahnya.

Ambillah pengajaran dari setiap apa yang berlaku. 

Secara perlahan, mungkin engkau tahu erti sebuah kehidupan.

Pengakhirannyan juga, Akhirat.

Selamat tinggal 2020, terima kasih.

Sekian.


Azam aku tahun baru? Hmm.. Subjektif benda ni. Azam-azam pun, bukannya tercapai.

Yalah, harap dapat calon isteri. Itu sajalah.


Yang menulis dengan tidak berformat,

Aidil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t