Pamungkas - To The Bone (np) ; Tanjong Malim ; 1:12 p.m.
Sebelum aku terlupa untuk menaip draft post kali ini di masa akan datang. Patut aku tulis dari sekarang.
Nanti-nanti tak tersambung la jawabnya.
Sebenarnya nak tulis pengalaman sepanjang Ramadan di perantauan ni pada dua hari sebelum raya.
Tapi.. Tahu lah lelaki. Pemalas kan. Sibuk lagi dengan persiapan rayanya, memang tidak menghadaplah laptop tu.
Jadi tanpa membuang masa. Marilah kita bercerita. Haha.
.
.
Ini merupakan Ramadan pertama di mana aku tidak berpuasa dengan keluarga di rumah.
Ada pun kalau puasa di asrama / perantauan. Sehari / dua hari sebelum raya. Dapat juga balik rumah.
Jadi, ada la juga berpuasa dan bersahur dengan family tu.
Ramadan ini more to the vibe. Vibe apa? Novel.
What? Novel?
Yup. Contengan Jalanan.
Tarbiah yang ada di sini lain dari Ramadan yang sebelumnya.
Sebelum ini, tadarus okay. Solat jemaah pun kadang okay.
Cuma di sini, tarbiah yang dibawa oleh sahabat dan juga masyarakat kejiranan di sini menuju ke arah yang lebih baik.
Seperti tahun lalu, aku nak rasa juga vibe-vibe iftar di masjid / surau. Tapi disebabkan PKP yang berjela-jela. Maka, segala aktiviti Ramadan terpaksa dilakukan di rumah. Bukanlah masa PKP 1.0 takde tarbiah.
Ada juga. Tapi yalah. Aktiviti keramaian seperti tadarus, iftar dan moreh tu takde.
Makan pun hari-hari nasi goreng. Mana sikit nak gila housemate masa tu. Syukur je lah kerajaan hantar student ni pulang.
Untuk Ramadan tahun ini, aku berada di Tanjong Malim.
Iftar hari pertama, aku dan housemate iftar di masjid. Sebab sebelum-sebelum ni, dah kena maklum pun yang ada iftar di masjid.
Jadi, housemate pun jenis malas nak beli makanan di bazar masa tu. Kami pun iftar di masjid.
Untuk makluman semua, sumbangan makanan ini disedekahkan oleh individu yang bersedekah.
1 hari, bajet RM1200. Borang kena ambil dengan ahli jawatankuasa masjid. Dan isi.
Ada yang aku dengar-dengar, orang bersedekah dalam 3 hari, ada yang 1 hari.
Tapi yang sediakan makanan tersebut. Memang catering-lah.
Aku harap mereka-mereka yang bersedekah tersebut dilimpahkan rezeki dan hidup diberkati. Aamiin. Insya-Allah.
Rupanya banyak juga student universiti aku ni stay di sini. Terkejut juga bila ramai yang beriftar di masjid. Boleh dianggarkan dalam 15-20 orang. Itu belum lagi yang sungkai di rumah saja.
Aku agak mesti student yang berada di luar kampus ni dalam 100-200 orang.
Yalah, mungkin line teruk kat rumah. Mahu tak mahu terpaksa stay.
Ada yang stay dari PKP 1.0 tau. Gila.. Kental hati kamu. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Aku ni pun balik ke sini. Sebab tak tahan. Bukan juga niat nak derhaka pada parents. Tapi aii..
Sangat perit. Masalah line, kerja yang tiada kesudahan. Hal persatuan yang terpaksa handle walau masih berada di rumah. Sebab tu aku balik ke sini.
Insya-Allah bulan 7 ni aku balik Sabah.
Vibe iftar dah rasa. Alhamdulillah. Dah macam gaya Fend dan Chad pergi masjid-hopping kat Punchbowl Mosque, Australia.
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ
Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.
Riwayat al-Tirmizi (696)
.
.
Tapi aku tak lah masjid-hopping. Aku just berbuka di 3 tempat sahaja. Masjid Al-Ikhwan Taman Bernam, Surau Al-Ikhwan Taman Bernam dan Surau Diri Jumaat Kota Malim Prima.
Nak juga rasa berbuka kat masjid lain. Tapi ya la. Kekangan masa. Kadang penat.
Padahal ada lagi pun masjid lain kat Tanjong Malim ni.
Masjid Proton City, Masjid Behrang 2020, Masjid Jamaie dan lain-lain lagi.
At least kita tahu la kan suasana tempat tu macam mana. Baru nampak macam traveler-traveler solo. Hehe
Tapi tak pa lah. Dah cukup syukur dah. Sebab dapat merasai juga suasana macam ni. Duit pun takde keluar sepanjang bulan Ramadan. Keluar pun untuk sedekah.
Bagi aktiviti tadarus. Hmm.. Ini aku hambar sikit. Aku hanya baca sendiri.
Takde nya join tadarus lepas terawih tu. Iya la.. Saya ni jahil. Tajwid pun basic-basic je. Mahraj pun gitu-gitu je. Tasmik pun dengan housemate.
Walaupun Adam (bukan nama sebenar) mengajak. Aku tetap menolak. Yalah. Ada ustaz Ali. Segan weh.
Jurang aku dengan dorang. Bagai langit dengan bumi.
Tapi Alhamdulillah. Untuk majlis ilmu, daurah kitab.
Adam dan housemate yang lain sentiasa mengajak ke arah kebaikan.
Lepas Sahur.. Hmm.. Kalau kau tak join dorang solat sunat. Memang rasa lain.
Yalah. Dah boleh tunaikan solat tu. Solat lah kan. Aku tengok pun. Allah..
Setiap hari. Memang tak tinggal la. Kalau dorang nampak aku duduk-duduk, tak nak solat sunat.
Haa.. Ready-ready la telinga tu.
Kena-kena dorang ni semua berada dalam tampuk persatuan kerohanian kat universiti.
Mahu tak mahu. Kena join gak. Tapi Alhamdulillah. Jujur aku cakap. Banyak ilmu bermanfaat yang didapati sepanjang dengan dorang.
Daurah kitab la. Kitab Bidayatul Hidayah, Kitab Tasawuf, Fiqh Manhaji.
Program ceramah la dan lain-lain lagi.
Kalau aku ni. Allah.. One Piece, Big Bang, Weeekly, Anime-anime, K-Drama.
Fuh.. Jauh syeikh.. Jauh.
Bayangkan la masa tengok filem White Chicks dengan dorang.
Aku terpaksa explain setiap lawak yang dorang tak faham. *facepalm*
Segala lawak double meaning, dildo apa ke benda jadah tu aku terpaksa explain. Rasa berdosa sia.
Ajak dorang dengar bukan-bukan. Allah...
Memang tarbiah dorang. Masya-Allah. Latar belakang pendidikan dan keluarga dorang pun memang orang baik-baik. Jadi tak payah hairanlah.
Aku ni gini-gini jak la. Orang awam. Tapi doakan aku juga ya supaya dapat memberi manfaat kepada orang :). Kalau kena tolak jadi imam tu. Pergi saja la. Mahu cakap macam mana juga kan. Ai..
Mengenai Terawih pula.. Hmm..
Kami masing-masing ada yang buat 8, ada juga buat 20. Mengikut keadaan semasa.
Kalau ada meeting. 8 je. Ada program. 8 je.
Ada masa free. Kalau boleh go. 20.
Kalau malas, 8.
Pusing-pusing kat situ je lah.
Untuk 10 malam terakhir.
Masing-masing nak kejar Lailaturqadar. Itu pun dorang Adam, Tarbiah Sentap mengajak untuk qiam kat masjid. Fuh... Kadang barai gak.
Tapi dah dorang ajak dan bangunkan. Ikut je la. Insya-Allah ada hikmah.
Mengenai 10 malam terakhir ni. Elok jaga solat jemaah Isyak dan Subuh.
HR. Tirmidzi No : 205, dari Sahabat Ustman bin Affan RA, Rasulullah SAW Bersabda :
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَاْلفَجْرَ فيِ جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
“ Barangsiapa melaksanakan solat Isyak berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat satu malam.”
Memang dorang suruh jaga la solat jemaah tu. Yalah. Kadang kita ni terlepas qiam, Terlepas tahajud.
Seelok-elok kita ikhtiar la untuk solat berjemaah Isyak dan Subuh.
Mengenai bila jatuh malam Lailatulqadar tu. Aku tak nak hurai panjang la.
Ada murabbi kami cakap jatuh pada hari sekian-sekian. Ada di antara sahabat saya cakap sekian-sekian.
Itu aku tak nak la hurai panjang-panjang. Yang penting niat tu. Lillahi Ta'ala.
Okay?
Okay.. Apa lagi haaa. Hmm. Isu semasa.
Baru-baru ni, besar juga isu yang berlaku. Yalah. Aku terkejut juga.
Tiba-tiba mengenai Kem Jati Diri dan beberapa tragedi-tragedi pahit lah yang pernah menimpa aku dan sahabat-sahabat yang lain.
Benda itu di luar kawalan guru-guru terlibat. Memang benda tu salah la. Dorang pun yang ada terlibat membuat satu.. Apa orang bilang.. Satu report la untuk menghukum balik guru-guru tersebut berkaitan apa yang pernah mereka lakukan dulu.
Yalah, ada yang trauma. Ada yang terpalit dengan mental illness disebabkan perkara tersebut.
Sebab.. Teruk juga la sekolah aku ni dulu.
Boleh baca:
Persidangan Jawatankuasa Disiplin Maktab Bagi 5 Yonko
Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)
Jadi, kalau benda ni dapat dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Teruskan. Fight mana yang patut.
Yang penting saluran tu betul.
Aku? Aku berkecuali la. Aku tak nak masuk campur. Bukan takde integriti ke apa. Aku ni begini-begini saja la syeikh. Sepanjang bermusafir dan mengaji ni. Banyak perkara sudah aku rasa yang aku patut rasionalkan. Aku tak nak la panjang-panjangkan.
Nanti kamu faham tu. Merantaulah. Belajarlah.
Dan.
Ini yang agak mengecewakan aku.
Sheikh Jarrah, Al-Quds, Al-Aqsa.
Mula-mula aku terkejut juga. Tak silap aku ia bermula pada 26/27 Ramadan macam tu.
Tapi makin lama makin melarat pula. Laknat ke atas Zionis.
Zionis-zionis memang takde perikemanusiaan. Semua benda dia bedil.
Sampaikan tahap aku rasa bersalah nak sambut raya.
Sampai nak tinggal Qunut Nazilah yang ustaz Anas bacakan setiap kali witir & Subuh pun aku tak nak tinggalkan.
Syukurnya rakyat kita bersatu padu dalam hal begini. Awareness kali ni memang lain dari yang sebelum-sebelumnya. Dulu Palestine la pengganas, Zionis Shitrel la yang diancam. Itu perspektif dunia.
Terima kasih kepada penterjemah dan keep update di Twitter iaitu @Jatikhwan @Marchforward @fakhrifadzli @H_Bakkaniy @AdDien90 @WehNakBacaApaNi @seketulawan @mirul_syaf @_muhaimin26
Sehinggakan ada di antara tweet mereka dijadikan rujukan untuk diterjemahkan dalam bahasa negara masing-masing di dunia. Dan dilihatlah bahawa yang kejam dalam hal ini ialah Israel Shitrael Zionis Laknatullah.
Bila buka saja Twitter. Tengok update pasal isu Palestine ni. Allah. Berketar tangan. Hanya mampu doa dan derma saja aku sahutkan.
Marilah kita selitkan doa-doa kita kepada saudara-mara di sana. Insya-Allah.
Yang menulis,
Aidil
Glosari Sabah:
Sungkai - berbuka puasa
Comments